Ada Apa?X-Tra

5 Cara Tanam Tomato Supaya Senang Hidup

Cara Tanam Tomato - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: images8

Cara Tanam Tomato.Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain.

Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu.Warna merah tomato itu disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

 

Cara Tanam Tomato

1. Persedian Tanah

Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir dan tanah gambut. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan yang baik.

 

2. Penanaman Benih

Benih tomato dicambahkan dulu di dalam polibeg yang lebih kecil kemudian dipindahkan ke lubang yang lebih besar. Bergantung kepada jenis, benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 7 hari. Pindahkan anak pokok yang tegap dan paling besar sahaja. Anak pokok yang tidak cukup besar perlu dibuang kerana kadar pertumbuhannya will be affected later.

 

3. Penanaman Pokok

Buat lubang dengan kedalaman 3 hingga 3 inci manakala jarak lubang pula ialah kira-kira 2 kaki atau dua kaki. Cabut berhati-hati anak pokok dari polibeg tersebut dan tanam pada lubang kira-kira 2 inci hingga 3 setengah inci mengikut saiz anak pokok.

Kambus dengan tanah dan siram dengan air secukupnya. Tutup dengan jaring hitam bagi mengelak sinaran langsung daripada matahari terik. Sinaran matahari terik boleh membunuh anak pokok tomato yang baru dialihkan. Sebaik-baiknya lakukan pengalihan anak pokok tomato pada waktu petang agar pokok tomato tidak layu. Jika anda ingin menanamnya di dalam pasu, anda hanya ikuti langkah yang sama seperti diatas.

 

Baca Juga: Cara Tanam Cili Dalam Pasu

 

4. Menyiram

Siram pokok sebanyak 2 kali sehari. Kali pertama, di waktu pagi dan kali kedua pada waktu petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas. Lubang atau pasu perlu dipastikan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan berlakunya reput akar.

 

5. Pembajaan

Anda boleh memilih sama ada untuk memberi baca organik atau baja kimia.

 

Penjagaan Pokok Tomato

  • Staking / Pancang

Pokok perlu sentiasa dipastikan tegak agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali rafia. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar. Jangan pancang terlalu tinggi, cukup sekadar pada ketinggian yang mudah diuruskan.

  •  Memangkas

Sebenarnya, pokok tomato tak perlu dipangkas sekiranya nutrisi yang dibekalkan kepada pokok mencukupi. Pangkas bahagian yang mengganggu atau terlalu semak sekiranya perlu.

 

Baca Juga: Cara Mudah Tanam Orkid

 

  • Menguruskan pokok

Daun yang telah kering pada batang pokok tomato perlu dibuang. Gunting daun yang telah kering.

  •  Serangga perosak

Untuk mengelakkan serangan serangga perosak, pastikan pokok dalam keadaan sihat dan dibekalkan air yang mencukupi.

  • Penyakit

Tanaman tomato selalunya akan diserang penyakit layu yang menyebabkan pokok mati. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang ada di dalam tanah.

 

Khasiat Tomato

  • Menghilangkan Kutil Atau Ketuat

Tomato berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat. Kemudian balut dengan kain dan biarkan semalaman.

 

  • Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

 

  • Membersihkan Kulit Muka

Masker menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit yang berminyak, biasa dan kering kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Masker penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat.

 

  • Merawat Jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

 

Baca Juga: Jerawat Pasir

 

  • Menyembuhkan Kulit Terbakar

Cuaca yang panas memudahkan kulit untuk terbakar jika berjemur lama, lebih-lebih lagi di kawasan pantai. Hancurkan setengah biji tomato, dan campurkan dengan 2 sudu besar yogurt. Sapukan ke muka, leher dan bahagian badan yang kulitnya terbakar. Basuh selepas 20 minit. Tomato menyejukkan kulit, manakala yogurt pula memberikan ia protein yang diperlukan dalam kesembuhan dan menjadikan kulit lebih lembt dan anjal.

 

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.

 

  • Kesihatan Mata

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

 

  • Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

 

Pori pori yang besar pada wajah mudah memerangkap kotoran. Kisar tomato dan ambil sesudu jusnya dan campurkannya dengan 2 hingga 4 titis jus limau nipis. Gunakan bebola kapas, sapukan campuran ini ke muka. Urut dalam gerakan membulat. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air dingin. Amalkan selalu untuk mengecilkan pori pada wajah.

 

Sifat asid tomato membantu mengurangkan dan membersihkan jerawat di muka. Vitamin A, vitamin C dan vitamin K antara komponen biasa ada di dalam krim jerawat. Semua ini terdapat di dalam tomato. Untuk jerawat yang kecil, potong tomato dan letakkan pada jerawat tersebut. Untuk jerawat yang lebih besar dan serius, kisar tomato dan sapukannya pada wajah. Biarkan selama 1 jam. Bersihkan dan bilas wajah.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, anda boleh SHARE ya

<< Ketahui rahsia sebenar daun mint untuk kecantikan dan kesihatan anda di sini. 

Previous post

7 Petua Panjangkan Rambut Dengan Cepat

Next post

6 Cara Anda Cepat Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *