6 Tips Bela Ikan Emas
Kredit Foto:i.ytimg
Ikan Emas. Ia adalah sebahagian daripada keluarga Kap. Ikan emas sering menjadi pilihan dikalangan pemilik akuarium kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
Terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin. Ikan emas mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering menarik perhatian ramai.
Tips Penjagaan Ikan Emas
1. Saiz akuarium
Sebenarnya, saiz akuarium ini sangat penting dalam memelihara ikan emas. Kita sering menganggap mendengar ayat ini, “ikan 2 – 3 ekor sahaja, buat apa akuarium besar-besar”. Sebenarnya, lagi kecil saiz akuarium itu, lagi susah untuk anda memahami kualiti dan perubahan air. Kesilapan ini mendedahkan anda kepada risiko ikan emas mati. Jadi, pastikan memilih saiz yang sesuai untuk ikan emas anda.
2. Ikan terlampau banyak
Satu lagi masalah bila anda sudah jatuh cinta dengan ikan emas, anda pun beli dengan banyak. Padahal saiz akuarium anda kecil sahaja. Bawa pulang ikan tersebut, masukkan ke dalam akuarium dan esoknya 5 ekor ikan emas anda sudah mati. Kenapa?Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerana akuarium baru belum betul-betul bersedia dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda.
Baca Juga: Manfaat Terapi Ikan
3. Periksa kualiti air
Bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangka masa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Selepas sebulan, sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.
Pantang tengok ikan emas naik ke permukaan, pasti kita menyangka ia lapar. Sebenarnya tidak. Seeloknya, beri makan dua kali sehari. Ikan emas makan dalam kadar yang sikit. Jangan risau kerana ikan emas mampu bertahan tanpa makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri. Jadi, pastikan kawalan makanannya seimbang ya.
5. Pilih penapis yang sesuai
Anda perlukan sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tetapi tidak efektif. Konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter sejam.
Baca Juga: Kebaikan Ikan Salmon
6. Tukar air
Pastikan anda menukar air ikan emas anda apabila air dalam akuarium sudah kelihatan keruh dan kekuningan. Oh ya, ramai antara kita apabila menukar air, mereka menukar dengan air baru sepenuhnya. Anda hanya menambah separuh air baru kerana biasanya ikan emas ini bukan suka sangat dengan air bersih. Berladak sikit-sikit adalah normal, macam habitat mereka juga.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui 5 tips penjagaan kucing siam di sini.
No Comment