Ada Apa?Promosi

Jom Menangi Kanta Lekap 1.DAY ACUVUE® DEFINE™” Bernilai Lebih RM1000 Sekarang!!

main-banner-jojo-goh-wom-my

Mata Yang Cantik.Ingin memiliki kanta kecantikan yang mampu membuatkan mata anda nampak lebih cantik dan bersinar? Pastikan anda membuat pilihan bijak!

Sertai Peraduan “Serlahkan Mata Dengan 1.DAY ACUVUE® DEFINE™ dan menangi bekalan kanta lekap selama 3 bulan 1· DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® + Neutrogena Hydro Boost Mask 5s yang bernilai lebih RM1000.

Tidur lewat? Ada perbentangan penting? Temu janji istimewa selepas seharian di pejabat? Walau apapun sebabnya, ada masanya mata kita tidak cantik dan bersinar. Malah keyakinan diri dan tenaga kita juga tidak menyerlah.

Pada waktu-waktu begini, rasanya seperti tiada apa yang kita boleh lakukan untuk mengembalikan sinaran mata atau mendapatkan mata yang cantik.Atau mungkinkah ada penyelesaiannya?

Kanta kecantikan adalah produk terhangat dalam kit kecantikan wanita sekarang! Hanya dengan satu langkah mudah, dua kanta kecil boleh memberi perubahan besar, menaikkan keserian mata hingga tiada tandingannya!

Direka untuk memberi lebih sinar kepada mata anda, kanta kecantikan mampu membuatkan mata anda nampak lebih muda, dengan pelbagai variasi yang menyerlahkan ciri-ciri asli mata anda agar anda tetap kelihatan sama, namun lebih menarik! Bukankah itu keinginan semua orang? Siapa yang tak nak memiliki mata yang cantik!

Sama seperti trend-trend lain, sangat penting untuk mengambil kira sebab-sebab munasabah bagi memastikan anda memilih kanta kecantikan yang berkualiti tinggi.

 

Antara masalah-masalah yang mungkin anda hadapi dengan kanta kecantikan biasa yang boleh membuatkan anda menjalani rawatan atau pembedahan mahal, atau mengakibatkan kerosakan kekal kepada penglihatan anda:

–      Saiz yang tidak tepat

–      Risiko pencemaran dan jangkitan

–      Kekasaran pada kornea

 

Kanta kecantikan bukan hanya untuk kelihatan cantik dan menawan– ia adalah produk penjagaan mata yang juga adalah peranti perubatan.

Ia boleh gunakan untuk membetulkan penglihatan anda, atau untuk menyerlahkan penampilan anda dengan sepasang mata yang lebih bersinar, muda dan lebih menawan!

 

Jika anda ingin memiliki sepasang kanta kecantikan, lakukan sedikit kajian dan ketahui lebih lanjut tentang kebaikan produk tersebut dan juga pastikan kanta tersebut menawarkan manfaat-manfaat penting seperti berikut:

1. Keselesaan dan kelembapan untuk penggunaan seharian, dari pagi hingga malam; manfaat ini sangat penting kerana kebanyakan daripada kita meluangkan banyak masa di dalam kelas dan pejabat yang berhawa dingin dan mengeringkan mata setiap hari. Kanta lekap yang berkualiti tinggi sepatutnya memberi keselesaan sepanjang hari – adakalanya melebihi 20 jam.

 

2. Kanta pakai buang harian dari jenama kanta lekap bereputasi tinggi yang memfokuskan kepada kepentingan kesihatan mata. Menukar kanta lekap anda setiap hari mampu mencegah pengumpulan kotoran dan bakteria, menjadikan mata anda lebih sihat. Apa yang lebih baik – anda tidak perlu membasuh dan membersihkan kanta lekap pada hujung setiap hari. Anda boleh menggunakan kanta lekap baru setiap pagi.

 

3. Perlindungan UV untuk menghalang sinaran matahari daripada merosakkan mata anda. Sama seperti kulit kita yang memerlukan perlindungan daripada sinar UV, mata kita juga perlu dilindungi – gunakan kanta lekap yang boleh memberikan anda perlindungan sinar UV berstandard antarabangsa untuk memastikan mata anda sentiasa kelihatan sihat dan lebih bermaya.

 

4. Manfaat yang boleh mencegah masalah biasa seperti kemerahan dan iritasi. Contohya, sesetengah kanta lekap didatangkan dengan pigmen-pigmen berwarna yang terletak di antara lapiran lutsinar nipis kanta agar pigmen-pigmen tersebut tidak bersentuhan dengan mata anda.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kanta kecantikan yang sesuai untuk anda, lawati pusat penjagaan mata profesional yang sah untuk memeriksa mata anda.Mungkin anda fikir mata anda tidak berdepan masalah, namun pemeriksaan tahunan berkala adalah penting untuk mengesan masalah mata dari awal.Jika anda ingin menggunakan kanta lekap, pakar penjagaan mata profesional anda akan memastikan andamendapat kanta lekap berkualiti yang sesuai untuk anda.

Ingat! Mata anda sangat berharga dan unik jadi anda perlu menjaganya dengan rapi menggunakan kanta kecantikan yang boleh menjaga kesihatan mata anda dan menyerlahkan kecantikan semulajadi anda.

 

 Peraduan: “Serlahkan Mata Dengan ACUVUE® DEFINE™”

Hanya seorang pembaca bertuah WOM.my dipilih untuk memenangi bekalan kanta lekap selama 3 bulan 1· DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® + Neutrogena Hydro Boost Mask 5s yang bernilai lebih RM1000.

Untuk menyertainya, hanya jawab soalan berikut.

[ninja_forms id=6]

 

Previous post

Ketahui 5 Bahaya Akibat Pemakaian Korset Wanita

Next post

Kena Bijak Pilih Tudung Syria Yang Sesuai Dan Cantik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *