X-Tra

6 Cara Hilangkan Mengantuk Lebih Berkesan

CARA HILANGKAN MENGANTUK-WOMAN ONLINE MAGAZINE

Kredit Foto: media3

Cara Hilangkan Mengantuk.Apakah anda pernah tertidur di tempat kerja atau masa anda sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk itu tiba-tiba sahaja datang menyerang!

Mengantuk merupakan salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang. Meskipun semulajadi, mengantuk pada waktu dan tempat yang tidak sesuai, boleh mengundang masalah ataupun padah. Biasanya masalah mengantuk yang berlebihan ini disebabkan oleh pola tidur yang kurat tepat seperti berjaga lewat malam, terlalu penat dan dihimpit rasa bosan.

 

Bagi anda yang mempunyai masalah ini, berikut berberapa cara hilangkan mengantuk yang boleh anda praktik:

1. Cuci Muka

Ini adalah salah satu cara paling efektif dan anda mungkin juga sering melakukannya. Untuk lebih efektif, cubalah cuci muka dengan air sejuk. Anda akan berasa segar dan tidak lagi rasa mengantuk.

 

2. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Ketika anda menguap, kadar oksiden dalam otak anda berkurangan. Menguap juga merupakan salah satu tanda anda sedang mengantuk. Untuk mengatasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat, kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga.Lakukan berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sehingga anda tidak lagi rasa mengantuk.

 

Baca Juga: Kebaikan Senaman Pagi

 

3. Minum Banyak Air

Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan dan pastikan anda telah minum banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini akan dapat membuatkan anda segar kembali kerana cecair dalam tubuh anda kembali normal. Cuba minum air perahan lemon, dengan meminumnya anda akan kembali segar.

 

4. Minum Kopi Atau Teh Hijau

Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat kafein-nya boleh menstimulasikan otak anda kembali segar. Tapi, jangan minum terlalu banyak ya! Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein, namun ia lebih baik kerna memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.

 

Baca Juga: Kepentingan Diet Sihat

 

5. Rehat Seketika

Ketika anda sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat seketika. Sambil berehat seketika itu, lakukan sedikit senaman pemanasan seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan kepala anda. Jika anda terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer untuk merelaks mata. Anda boleh memejamkan mata sejenak atau melihat pemandangan di luar jendela.

 

6. Pilih Kudapan Yang Sihat

Kudapan sihat  boleh meningkatkan energi yang lebih lama. Mengunyah kudapan seperti kacang mentega, yogurt,kacang-kacangan dan buah-buahan segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan kosentrasi  bekerja /belajar.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya supaya masalah mengantuk mereka dapat diselesaikan.

<< Ketahui tips cerahkan wajah daripada kusam dan berminyak di sini.

 

 

 

 

 

 

Previous post

Resepi Lazat Ikan Salmon

Next post

Resepi Sambal Udang Petai Pedas Mengancam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *