X-Tra

Tips Penjagaan ‘Contac Lens’ Yang Perlu Anda Tahu

contact lens - woman online magazine

Kredit : artemedica

Anda termasuk dalam kategori wanita yang memakai kanta lekap atau contac lens? Adakah anda yakin anda telah melakukan penjagaan yang betul ke atas contac lens yang anda pakai itu?

Hakikatnya masih ramai yang memakai contac lens tidak melakukan penjagaan yang betul ke atas kanta lekapnya. Tahukah anda tabiat ini boleh menyebabkan infeksi kuman berlaku kepada mata anda.Membersihkan contac lens tidak memerlukan waktu yang lama atau berjam-jam, tak sampai dua minit diperlukan untuk menggosok dan membilas contac lens setiap hari.Teknik pembersihan yang betul mampu menghalang bakteria daripada menjangkit contac lens anda serta meminimumkan kemungkinan infeksi.

Berikut tips penjagaan contac lens yang betul:

  1. Gosok & Bilas

Gosok dan bilas contac lens selepas setiap kali anda memakainya.

  1. Jangan Simpan Lebih Daripada Seminggu

Jika anda sudah menyimpan contac lens lebih daripada tujuh hari, rendam dahulu dengan disinfektan sebelum anda memakainya semula.

  1. Jangan Guna Air Paip

Jangan gunakan air paip untuk menyimpan contac lens. Ia boleh merosakkan contac lens dan mengundang infeksi kepada mata.

  1. Jangan Letak Berdekatan Tandas & Bilik Air

Udara di sekitar tandas dan bilik air boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap. Pastikan anda meletakkannya di dalam bilik tidur atau tempat lain yang selamat.

  1. Jangan Pakai Ketika Berenang

Air di kolam renang juga berisiko memberi kontaminasi kepada contac lens. Seeloknya, gunalah goggle sekali kalau betul-betul anda tidak nampak atau tidak mahu menanggalkan contac lens tersebut.

<< Ketahui bahaya sebenar penggunaan contac lens ataupun kanta lekap ini di www.wom.my

Previous post

Cara Mudah & Sederhana Miliki Tubuh Ideal Bak Supermodel

Next post

Lengkapkan Kemeriahan Syawal Dengan Jam Tangan BERING

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *