Ada Apa?X-Tra

Etika Penting Bila Ke Jamuan Hari Raya

jamuan hari raya - woman online magazine

Kredit Foto: itc.gov

Salam Syawal kepada semua pembaca WOM.my! Sudah bersedia untuk menikmati jamuan hari raya?

 

Saya pasti sepanjang bulan Syawal ini, ramai yang akan mendapat jemputan ke rumah terbuka tidak kira samalah ada dari ahli keluarga sendiri ataupun rakan taulan.Dalam pemerhatian saya, kadangkala ada perkara-perkara yang tak sepatutnya di buat sebagai tetamu di rumah seseorang, namun ia kerap berlaku.

Apakah perkara-perkara tersebut? Di sini saya senaraikan top 3 perkara yang melanggari etika semasa mengunjungi seseorang dan apakah yang sepatutnya kita lakukan.

#1 – Tiada RSVP

Bayangkan anda merupakan hos kepada sebuah rumah terbuka yang bakal membuat jamuan hari raya, mana khemah, makanan dan segala persiapan telahpun dibuat mengikut jumlah tetamu yang diundang dan yang memberi jawapan “ya” untuk hadir.Tetapi pada masa jamuan hari raya tersebut, anda mendapati ada tetamu yang hadir walaupun tidak membuat sebarang RSVP atau mengatakan “tidak hadir” dan yang lebih merisaukan adalah mereka membawa tetamu-tetamu tambahan. Sebagai hos di antara perkara yang pasti akan merisaukan adalah: adakah makanan yang disediakan bakal mencukupi?

Senario ini banyak berlaku tidak kira sama ada jamuan hari raya ataupun kenduri kendara. Mungkin ada yang memandang remeh perkara sebegini dan saya pasti tetamu yang berbuat demikian tidak langsung mempunyai niat untuk membebankan hos tersebut.Namun begitu sedar atau tidak, ia mencerminkan suatu keperibadian seseorang iaitu tetamu tersebut hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan secara tidak langsung kurang hormat dengan hos yang mengadakan jamuan hari raya tersebut.

 

Apa Yang Patut Dilakukan?

Tidak kira sama ada jamuan hari raya tersebut berunsur formal yang memerlukan anda memberi jawapan “hadir” atau “tidak hadir” ataupun jamuan santai – apabila anda menerima sebarang undangan sila beri jawapan kepada hos sama ada anda akan hadir atau tidak.

Sekiranya anda telah memberikan jawapan “tidak hadir” dan sebelum hari jamuan anda berubah fikiran untuk hadir – sebaik-baiknya beritahu kepada hos agar mereka dapat membuat sebarang persiapan tambahan jika perlu untuk cater kepada jumlah tetamu yang lebih.Sekiranya anda perlu membawa tetamu tambahan, sebaik-baiknya beritahu kepada hos terlebih dahulu di atas sebab yang sama iaitu; hos dapat membuat persiapan.

 

#2 – Asyik Dengan Telefon/Tablet

Konsep mengunjungi rumah seseorang adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim ataupun persahabatan. Oleh itu, adalah wajar sebagai tetamu untuk kita beramah mesra dengan hos dan juga tetamu-tetamu lain yang hadir.Malangnya, saya dapati ramai yang memilih untuk bersendirian dengan telefon ataupun tablet mereka dan asyik melayan media sosial atau menonton youtube atau bermain game.Tidak salah untuk post gambar beraya di media sosial dan sebagainya tetapi janganlah sehingga tidak menghiraukan orang di sekeliling.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Apa kata, di musim raya ini dan di saat kunjung mengunjung kita berbalik kepada zaman dahulu yang mana telefon bimbit dan juga tablet tidak wujud.

Ambil kesempatan ini untuk belajar berkomunikasi dengan tetamu-tetamu lain yang turut hadir di jamuan tersebut tidak kiralah sama ada yang lebih tua, sama umur ataupun lebih muda. Ini pasti akan membantu anda meningkatkan lagi social skill serta kebolehan berkomunikasi secara versatile.Sekiranya anda berasa janggal untuk memulakan komunikasi dengan orang yang tidak dikenali, mulakan hanya dengan senyuman dan lihat sendiri bagaimana dari senyuman ia dapat membawa kepada banyak kebarangkalian.

 

#3 – Tidak Hormat Waktu

Saya pasti anda pernah mendengar pepatah “Malaysian Time” apabila bercakap tentang kelewatan para hadirin ke sesuatu majlis; seolah-olah ianya merupakan sesuatu perkara biasa dan sepatutnya diterima. Ini tak sepatutnya berlaku.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Saya pasti setiap jemputan ke sebarang majlis ataupun jamuan akan menyatakan tempoh jamuan tersebut contohnya: 12pm-4pm. Sebagai tetamu satu cara untuk kita menghormati hos adalah dengan menghadiri majlis tersebut mengikut waktu yang telah di nyatakan. Jangan lambat sehingga majlis telah selesai ataupun terlalu awal sebelum waktu yang sepatutnya.

 

3 senario di atas adalah di antara perkara-perkara yang kerap berlaku tetapi tidak bermakna etika untuk beraya hanya terhad kepada 3 perkara ini sahaja. Cara paling mudah untuk kita tahu sama ada sesuatu perkara itu boleh diterima atau “socially acceptable” adalah dengan bertanya dengan diri anda sendiri: apakah perasaan anda atau reaksi anda sekiranya tetamu anda yang berbuat sebegitu? Jika anda tidak mahukan sesuatu, saya pasti orang lain juga turut tidak mahukannya.

Jadi, sebelum anda melangkah ke sebarang jamuan hari raya di bulan Syawal ini, pastikan anda telah memberitahu kehadiran anda kepada tuan rumah, beramah mesralah dengan tetamu dan ahli keluarga yang hadir dan sentiasa hormati hos dengan menepati waktu.

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Ketahui kenapa anda perlu mencari kerja baru di tahun baru nanti di sini.

 

 

 

 

 

Previous post

Panduan Pilih Baju Menyusu Muslimah

Next post

6 Cara Diet Yang Berkesan Selepas Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *