Nikmati Keenakan Aiskrim La Cremeria® Yang Serba Baharu
Baru-baru ini Nestlé Ice Cream telah memperkenalkan produk terbarunya yang terdiri daripada rangkaian stick aiskrim premium La Cremeria® di Golden Screen Cinemas, Pavilion.
Jika sebelum ini aiskrim La Cremeria® hanya terdapat dalam bentuk tab, kini peminat aiskrim boleh menikmati keenakan La Cremeria® dengan mudah pada bila-bila masa, tidak kira di mana-mana sahaja.
“Kami melihat terdapat permintaan yang tinggi terhadap hidangan pencuci mulut bersaiz peribadi serta mudah untuk dipegang dan dibawa ke mana-mana. Ini merupakan peluang untuk mengembangkan lagi rangkaian produk yang sedia ada. Sebelum ini La Cremeria® hanya boleh didapati dalam bentuk tab, namun dengan adanya stik terbaru La Cremeria® para penggemar kini boleh menikmati keenakan aiskrim La Cremeria® dengan mudah pada bila-bila masa,” kata Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad, Alois Hofbauer.
Boleh didapati dalam 3 perisa yang menarik: La Cremeria® Absolutely Almond, La Cremeria® Heavenly Chocolate dan La Cremeria® Delightfully Pecan, rangkaian aiskrim stik ini disaluti 100% coklat susu yang diimport dan badam California yang dipanggang sehingga keemasan dengan bahagian tengah aiskrim yang lembut dan berkrim. Setiap gigitan berupaya mengujakan lidah anda dan membawa anda ke dunia yang penuh keindahan serta kenikmatan.
“Setiap batang La Cremeria® terdiri daripada bahan serta ramuan yang berkualiti tinggi seperti hirisan kacang badam yang segar dan rangup yang ditabur sama ada pada salutan coklatnya mahupun teras aiskrim. Setiap perisa direka dengan penuh ketelitian dan kesungguhan bagi menghasilkan rasa yang terbaik daripada setiap bahan yang digunakan, menjadikan La Cremeria® sangat istimewa,” tambah Hofbauer.
Dengan pengenalan rangkaian baharunya, jenama ini turut mengumumkan kempennya yang terkini bersama slogan “The World Can Wait”, yang menumpukan kepada betapa pentingnya seseorang itu meluangkan masa untuk menikmati perkara kecil ataupun detik-detik istimewa dalam kehidupan.
“Kita terlampau leka dengan kehidupan seharian yang serba pantas dan sentiasa sibuk. Ianya sangat penting bagi kita meluangkan sedikit masa untuk menghargai kehidupan. Kami mahu La Cremeria® berkongsi mesej positif bahawa kita perlu ‘berhenti’ seketika agar dapat menikmati detik-detik indah baik yang besar ataupun kecil, seperti kenikmatan aiskrim La Cremeria® jelas Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.
“Begitu banyak kasih sayang dan ketelitian telah dicurahkan bagi menghasilkan rangkaian stik ini – aiskrim ini – memang patut anda meluangkan sedikit masa untuk benar-benar menikmatinya. Ianya merupakan saat yang penuh kepuasan dimana segalanya boleh ditangguhkan buat seketika,’’ tambah beliau lagi.
Kempen “The World Can Wait” juga akan memaparkan sebuah klip muzikal di YouTube yang mempersembahkan penyanyi dan penulis La Cremeria®nya. Menerusi klip berkenaan, pengguna juga boleh mengalami detik istimewaLa Cremeria® secara digital dan berkongsi pengalaman itu bersama rakan-rakan melalui laman Facebook La Cremeria®.
Kempen ini akan melibatkan beberapa siri jelajah yang bakal diadakan di Golden Screen Cinemas terpilih begitu juga di stesen-stesen BHP dan Petronas di seluruh negara mulai bulan Jun. Aiskrim La Cremeria® dijual pada harga RM3.50 sebatang dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama dan petromart di seluruh negara. Terdapat tiga jenis iaitu:
- LA CREMERIA® ABSOLUTELY ALMOND
Aiskrim perisa vanila yang penuh berkrim dilengkapi dengan potongan kacang badam yang rangup bersalut coklat susu dan hirisan badam yang segar – memang kegemaran peminat kacang badam.
- LA CREMERIA® HEAVENLY CHOCOLATE
Aiskrim perisa coklat diisi dengan potongan kacang badam yang rangup bersalut coklat susu dan serpihan kon – rasa yang begitu enak pasti akan membuatkan anda mahukannya lagi.
- LA CREMERIA® DELIGHTFULLY PECAN
Aiskrim perisa pecan disaluti coklat susu yang kaya dan dilengkapi hirisan badam segar – sajian lazat yang sejati!
<< Ketahui khasiat aiskrim di sini.
No Comment