Ada Apa?X-Tra

Semak,Makanan Kucing Terbaik

 Makanan Kucing Terbaik - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto: simplycatbreeds

Makanan Kucing Terbaik.Kucing adalah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba.

Pada zaman itu, ia dijadikan penjaga untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing mempunyai baka campuran yang pelbagai.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor dan mereka wujud dalam jenis yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan sangat tidak mesra.

 

Baca Juga: Misai Kucing

 

Memilih Makanan Kucing

Keperluan nutrisi kucing yang unik menjadikannya haiwan itu cerewet dalam memilih makanan sehariannya. Ia sentiasa berhati-hati memilih makanan dan akan menolak makanan tersebut jika didapati baunya berlainan daripada makanan asal ataupun makanan itu mempunyai suhu dan rasa yang berbeza.

Sifat semulajadi kucing yang suka menghidu dan merasa membuatkan ia cepat mengesan jika makanan tersebut sudah tidak segar. Kucing yang diberi makanan yang baik dan berkhasiat sentiasa aktif, mempunyai mata yang bersinar dan bulu yang berkilat.

 

Baca Juga: Bahaya Bulu Kucing

 

Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Kucing

1. Protein

Protein diperlukan untuk tumbesaran kucing dan dapat membantu membaiki tisu-tisu dalam tubuh badan kucing.

 

2. Asid lemak

Membantu memberi kucing anda bulu yang berkilat dan bersinar.

 

3. Kalsium & Vitamin D

Membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

 

4. Karbohidrat

Memberi tenaga dan serat dalam diet kucing.

 

5. Vitaman A

Diperlukan untuk menghasilkan mata yang sihat.

 

Baca Juga: Tips Penjagaan Kucing Siam

 

Peraturan & Cara Memberi Kucing Anda Makan

  • Sentiasa memastikan bekas makanan dan perkakas memberi makan dalam keadaan bersih.
  • Jangan beri kucing anda makan makanan haiwan lain seperti makanan untuk anjing.
  • Jangan beri kucing anda makan makanan yang sudah rosak walaupun sedikit.
  • Sentiasa memantau berat badan kucing anda dan pastikan kucing anda tidak diberi makan secara berlebihan.
  • Jika kucing anda diberi makanan segar seperti ikan dan ayam, sentiasa memastikan tulang sudah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si manja anda.
  • Buang sisa-sisa makanan yang tidak dihabiskan oleh kucing.
  • Jangan meletakkan semula makanan yang telah dipanaskan di dalam peti sejuk.
  • Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan jika mendapati kucing enggan makan selama 24 jam.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar membela kucing.

<< Ketahui punca dan cara merawat kucing sakit mata di sini.

 

 

Previous post

5 Cara Mengatasi Vagina Longgar Agar Kembali Menyengat!

Next post

Kabinet Dapur Kecil Pilihan Terbaik Untuk Rumah Sempit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *