Ada Apa?X-Tra

Anda Sanggup Minum Air Kotor?

anda-sanggup-minum-air-kotor-wom-my

Sumber Pencemaran Air. Pencemaran air boleh terjadi di sungai mahupun di laut.

Sumber pencemaran air boleh terjadi disebabkan sikap penghuni perumahan serta sikap manusia yang mengusahakan pertanian dan perindustrian yang tidak bertanggungjawab.

Air merupakan komponen yang amat penting dalam kehidupan manusia. Apatah lagi dalam tubuh manusia terkandung 90% air.

Tanpa air, manusia dan semua makhluk hidup di muka bumi ini akan mati. Ini jelas membuktikan kepentingan air terhadap manusia sangatlah besar.

 

  1. Air Untuk Diminum

Tanpa air, kita akan mengalami kehausan sehingga boleh membawa kepada kematian.Bermakna air memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan manusia.Setiap hari kita memerlukan air untuk diminum dalam kuantit tertentu.

 

  1. Air Untuk Keperluan Seharian

Ketika menjalankan aktiviti seharian, kita juga memerlukan air. Misalnya untuk mandi, memasak, membasuh kain baju, mencuci pinggan, membuang air tak kira kecil ataupun besar dan sebagainya. Semua itu memerlukan air!

 

  1. Air Untuk Keperluan Tertentu

Perkara ini berkaitan dengan bidang yang diusahakan oleh manusia. Contohnya dalam bidang pertanian, dan perindustrian yang turut memerlukan air.

 

Jadi, sebab itulah semua lapisan masyarakat perlu sama-sama membantu Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) memelihara sumber bekalan air. Di samping itu, masyarakat juga perlu menghayati dan memahami peranan sistem pembetungan untuk penjagaan alam sekitar demi mendapatkan impak yang lebih baik.Jangan lakukan sesuatu yang boleh mencemarkan sumber air. Patuhi apa yang telah disarankan oleh IWK.

Ingat ya, air adalah ‘benda cair’ yang kita perlukan untuk hidup dan haruslah dilestarikan!

 

<< Bila manusia menghargai sesuatu setelah kehilangan

 

 

Previous post

5 Cara Paling Power Untuk Hilangkan Bau Peti Ais

Next post

Jom, Kita Bina Empayar Perniagaan Sendiri dengan PANTAS dan BERJAYA!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *