4 Peralatan Memasak Paling Penting
Kredit Foto : slidesharecdn
Peralatan Memasak. Bagi kaum ibu peralatan memasak sangat penting. Tambahan pula memasak merupakan suatu rangkaian aktiviti yang cukup panjang dan kompleks.
Peralatan memasak seperti kuali dan periuk sangat membantu anda untuk menyediakan menu hidangan yang enak. Ini bermakna anda perlu lengkapkan kelengkapan dapur dengan peralatan memasak. Memadai jika anda memiliki empat 4 peralatan memasak bagi memudahkan urusan anda di dapur.
- Set Pisau Dapur
Pisau bukan sekadar alat untuk memotong, kerana ada banyak jenis pisau dapur yang memiliki fungsi berbeza. Antaranya chef’s knife (pisau serbaguna), cleaver knife (pisau besar), serrated knife (pisau roti), boning knife (pisau fillet) dan slicing knife (pisau menghiris).
Belilah pisau mengikut kepentingan penggunaannya. Anda juga tentunya tidak mahu pisau yang biasa dipakai untuk memotong daging dan sebagainya juga digunakan untuk memotong kuih, kan…
- Food Chopper
Tentu anda di antara anda yang kurang berkawan baik dengan pisau. Ada yang gerun untuk menggunakan pisau kerana jari pernah terpotong dengan pisau, tangan terasa pijar atau berbau akibat beberapa jenis makanan. Jadi, penggunaan alat pemotong makanan atau food chopper sangat membantu untuk anda untuk menyelesaikan masalah tidak selesa dengan penggunaan pisau dapur.
Baca Juga: Kabinet Dapur Kecil
- Periuk Besar
Jika anda mempunya periuk kecil, anda tetap memerlukan periuk besar. Kalau dibandingkan dengan periuk kecil, periuk besar lebih banyak kegunaan untuk pelbagai jenis masakan. Bukan setakat untuk memasak sup, tapi juga boleh digunakan untuk memasak pasta dan membuat bubur.
- Kuali Besi
Dibandingkan dengan kuali biasa, kuali besi yang bertangkai lebih banyak kegunaannya. Senang untuk membuat telur dadar atau memanggang. Kuali besi masih bertahan kerana cenderung tidak melekat ketika digunakan untuk menggoreng dan mempunyai panas yang lebih merata.Kuali besi biasanya tidak memiliki pemegang anti panas, jadi anda perlu memakai sarung tangan memasak ketka menggunakannya agar anda terhindar daripada panas.
Baca Juga: Cara Menghilangkan Karat
- Blender
Blender sangat penting kerana fungsi blender bukan setakat untuk membuat jus atau smoothie. Bahan masakan seperti bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering juga perlu dikisar halus dan anda perlu menggunakan blender.
Nota Kaki: Jika suka artikel ini, SHARE ya
<< Ketahui lima cara hilangkan bau peti ais di sini.
No Comment