Adaptasi Fesyen Kontemporari Vintaj Klasik Daripada Duchess & Co
Diilhamkan daripada keanggunan abadi dari tahun 1950-an hingga 1970-an melalui ikon fesyen seperti Audrey Hepburn dan Grace Kelly, Butik Duchess & Co hadir dan bakal menarik perhatian peminat fesyen tanah air.
Duchess & Co yang bertempat di Jalan Telawi, Bangsar ini cuba memenuhi impian setiap gadis dan juga wanita dalam berfesyen dengan menawarkan harga yang berpatutan meliputi spektrum fesyen wanita daripada koleksi pakaian hinggalah ke aksesori.Rekaan asalnya dicipta dan dihasilkan dengan kualiti yang paling tinggi menggunakan gabungan fabrik ulung yang pastinya memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Jenama tempatan Duchess & Co ini cukup unik dan pelbagai koleksi pakaian boleh di dapati di sini. Pilih sahaja sama ada anda mahu pakaian seharian, pakaian kerja yang bergaya ataupun acara luar formal, semua ada di butik ini!
Foto: Terima Kasih Duchess & Co
<< Ketahui kehebatan aura baju kotak-kotak di sini.
No Comment