Ada Apa?Review

Ekstrak Lily Madonna Mampu Tingkatkan Kejelitaan Semulajadi Untuk Semua Jenis Kulit

Mon Chéri - Women Online Magazine 1

Mon Chéri merupakan produk penjagaan kulit terbaru yang diformulasi dari Perancis, kini telah melancarkan koleksi terbaru iaitu – Le Fleur de Lis (Koleksi Lily) yang dirumus khas untuk menyerlahkan lagi keayuan semula jadi wanita.

Menurut Caroline Oi, CEO Mon Chéri Essentials, bahan utama yang digunakan di dalam Le Fleur de Lis adalah bunga lily putih yang mempunyai ciri-ciri kelembapan dan mengembalikan penghidratan, melembutkan dan melicinkan kulit. “Ekstrak Lily Madonna yang digunakan dalam semua produk Le Fleur de Lis mempunyai kelebihan menghidrat dan melembapkan meningkatkan kejelitaan semulajadi untuk semua jenis kulit,” jelasnya.

Produk Le Fleur de Lis yang kaya dengan nutrien juga, tidak mengandungi sebarang unsur Paraben, minyak mineral, SLS (Sodium Lauryl Sulfate), Lanolin dan pewangi. Ia dirumus khas untuk empat jenis kulit yang berbeza iaitu kulit biasa kepada kombinasi kulit berminyak, kulit kering dan sensitif, serta kulit berkedut yang mengalami kesan sinaran matahari. Setiap daripada jenisnya terdiri daripada Pembersih Lembut, Penyegar dan juga Pelembab.

Mon Chéri - Women Online Magazine 2

“Bersihkan, tonakan dan lembabkan, itulah tiga langkah asas dalam penjagaan kulit untuk memastikan kulit kelihatan berseri dan sihat,” jelas Caroline ketika pelancaran di Cantaloupe @ The Troika.Ianya diperkaya dengan ekstrak botani, serum pengawalan minyak dan surfaktan, Pembersih Lembut bertindak untuk menanggalkan kotoran, minyak dan bendasing secara efektif, sambil membantu meningkatkan keayuan, tekstur dan juga keanjalan kulit. Pembersih Lembut 180ml dijual pada harga RM80.00.

Penyegar pula merupakan mineral lembut yang menjadikan kulit sentiasa lembut serta anjal di samping ianya berfungsi untuk menanggalkan bendasing yang juga pada masa yang sama turut menjadikan kulit sentiasa lembap. Penyegar 180ml dijual pada harga RM96.00.

Pelembap pula mengandungi pelbagai jenis bahan (termasuklah ekstrak buah tembikai) yang bertindak mengekalkan keanjalan kulit, meningkatkan tahap kelembapan dan pada masa yang sama membaiki sel kulit serta menghalang sebarang bentuk kesan penuaan. Ia diperkaya dengan vitamin dan penggalak untuk memastikan kulit sentiasa lembut serta terhidrat. Pelembap 50ml ini dijual pada harga RM125.00.

Mon Chéri - Women Online Magazine 3

Selain rangkaian Le Fleur de Lis, Mon Chéri turut memperkenalkan Penanggal Solekan Lembut (180ml) yang dijual pada harga RM65.00, ianya dirumus khas dengan formula lembut – bahan Castor Oil yang kaya dengan Omega 9 membantu menanggalkan solekan tebal dengan mudah, terutama sekali di bahagian bawah mata dan bibir. Ia menanggalkan bendasing dengan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan, pada masa yang sama ia turut mengekalkan kelembapan kulit. Mon Chéri turut menawarkan Pelembap Bibir (12ml) pada harga RM35.00.

“Mon Chéri menggalakkan anda semua untuk menghargai dan berusaha untuk mengekalkan kejelitaan semulajadi. Apa yang penting adalah diri kita sentiasa berasa selesa dan yakin dengan kulit yang dimiliki,” jelas Caroline Oi yang berlatarkan bunga lily dan suasana Perancis ketika pelancaran tersebut.

<< Ketahui kepentingan memakai pelembab wajah di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Cara Betul Membersihkan Payudara

Next post

Kena Cuba! 7 Cara Mudah Meredakan Sakit Datang Bulan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *