Mandian Herba Selepas Bersalin + Halia TYT
Berita baik untuk bakal ibu dan ibu baru bersalin!Anda kini boleh menikmati kemudahgunaan dan keberkesanan Mandian Herba Bersalin + Halia TYT baharu daripada Hong Yang Hoo Pharma TYT Sdn Bhd (TYT) semasa tempoh berpantang selepas bersalin.
Menggabungkan kebaikan Mandian Herba Bersalin TYT yang sedia ada, halia ditambah kepada rumusannya untuk memanaskan badan, melancarkan peredaran darah dan membantu menghilangkan angin dan kesejukan di dalam badan.Disediakan khas daripada rumusan keluarga berdasarkan amalan perubatan tradisional, Mandian Herba Bersalin + Halia TYT menggabungkan kebaikan herba yang dipilih khas yang mempunyai sifat-sifat khusus yang boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan angin dari badan, dan menguatkan badan ibu baru bersalin, di samping melegakan bengkak ringan dan kesakitan akibat proses kelahiran.
Selain halia, ramuan yang termasuk sekentut untuk melegakan kesakitan dan bengkak, herba European verbena untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan toksin, kulit limau bali untuk menghilangkan kesejukan dari badan dan merangsang peredaran darah, daun dukung anak untuk merangsang peredaran darah, dan daun sembung untuk menghilangkan kesejukan dari badan dan melegakan kesakitan.
“Hari ini, kebanyakan ibu-ibu di Malaysia masih mengamalkan tempoh berpantang selepas bersalin, dan akan mencari bahan-bahan yang sesuai untuk menyediakan mandian herba untuk si ibu selepas kelahiran bayi. Namun, ramai di antara mereka mungkin memilih untuk ditemani dan dibantu ahli keluarga semasa tempoh istimewa ini, ataupun memilih untuk melakukan segala-galanya seorang diri, dan bukannya menggaji pembantu khas dalam tempoh berpantang, sepertimana yang dilakukan oleh ramai wanita pada zaman dahulu,” kata June Choo, Pengarah Hong Yang Hoo Pharma TYT Sdn Bhd.
“Kami mahu membantu memudahkan kerja mereka. Mereka tidak lagi perlu bersusah payah mencari dan menyediakan bahan ramuan untuk rumusan herba tradisional, sebaliknya mereka boleh meluangkan lebih masa bersama si manja yang baru dan ahli keluarga ataupun berehat bagi memulihkan kekuatan. Dengan Mandian Herba Bersalin + Halia TYT baharu serta Mandian Herba Bersalin TYT yang sedia ada, pengguna dapat menikmati kemudahan segera – hanya didihkan uncang herba untuk mengeluarkan khasiatnya, biarkan air menyejuk sehingga mencapai suhu 37°C, dan siaplah air mandian herba anda,” jelasnya lagi.
Tambah June, halia memang terkenal kerana sifatnya yang dapat memanaskan badan dan menghilangkan angin – dan ianya juga banyak digunakan dalam hidangan khas yang disediakan untuk ibu baru bersalin, jadi TYT ingin menambahkan kebaikan bahan ini kepada kemudahan Mandian Herba Bersalin TYT mereka yang popular.
Petua Penggunaan
Mandian Herba Bersalin + Halia TYT sesuai untuk mengelap badan, mandian biasa ataupun mandi hujan, dan untuk mencuci rambut. Mendidihkan uncang herba untuk masa yang lebih lama akan menghasilkan air mandian dengan keharuman yang lebih kuat.
Berdasarkan amalan tradisional yang menegah ibu baru bersalin daripada mandi supaya tidak mengalami sakit migrain atau demam selsema, TYT mengesyorkan supaya mandi untuk meningkatkan kebersihan diri, terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusu badan.
Namun, para ibu menasihatkan supaya tidak mandi melebihi tempoh masa 15 minit dan segera mengeringkan tubuh bagi mengelakkan demam selsema. Untuk kelahiran secara normal, ibu baru bersalin disyorkan mandi selepas 7 hari, manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesarean, mereka disyorkan mandi selepas 10 hari.Selepas itu, mereka digalakkan mandi setiap hari, ataupun sebagai alternatif, mereka boleh mandi secara biasa 2 hingga 3 kali seminggu dan mengelap badan pada hari-hari yang lain.
<< Ketahui kebaikan bertungku selepas bersalin di sini.
No Comment