Jadilah Seperti Miss Mangga Mascara!
Miss Manga Mascara.Dalam bahasa Jepun, Manga bermaksud komik.
Jika anda pernah melihat komik Jepun, sudah pasti anda melihat karakter wanitanya yang mana bulu matanya cukup memikat. Itulah Miss Manga Mascara!
Bagi anda yang suka memakai maskara, Miss Mangga False Lash Mascara ini akan membuatkan bulu mata anda kelihatan lebih lentik dan tebal ketika diaplikasikan. Tambahan pula, maskara jenis ini memang dicipta khas buat wanita Asia agar kelopak matanya kelihatan lebih besar dengan keajaiban bulu mata yang lentik dan tebal ini. Ia seolah-olah membuatkan anda seperti memakai bulu mata palsu.
Miss Mangga False Lash Mascara ini juga jenis waterproof, tidak luntur. Apa yang lebih menarik, berusnya yang melengkung seperti bentuk bulu mata menjadikan anda lebih mudah ketika mengaplikasikan maskara.
Info Ekstra!
Cara Memakai Maskara
- Langkah pertama, kepit bulu mata dengan pengepit bulu mata supaya bulu mata terberbentuk terlebih dahulu sehingga menjadi lebih mudah untuk anda mengaplikasikan maskara.
- Gunakan vitamin khas bulu mata, jika ada.
- Aplikasikan maskara dengan cara zigzag (untuk bulu mata bahagian atas)agar hasilnya lebih menyeluruh dan bulu mata akan kelihatan lebih lentik.
- Untuk bulu mata bahagian bawah, gunakan hujung mascara.
- Apabila sudah kering, kepitlah bulu mata untuk hasil yang lebih mengagumkan.
<< Ketahui trik miliki kening cantik tanpa sebarang cacat cela di sini.
No Comment