Ada Apa?X-Tra

6 Tips Meraih Azam Tahun Baru

Azam Tahun Baru - Women Online Magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Azam Tahun Baru. Tahun 2015, sudah berlalu. Hari ini, 2016 berada di depan mata. Seperti biasa, bila tibanya tahun baru, kita sering mendengar mengenai “Azam Tahun Baru”.

Namun begitu, tidak semua di antara kita berjaya menunaikan azam kita. Tahun silih berganti, azam yang tidak tertunai diganti dengan azam baru, dengan semangat yang berkobar-kobar.

Menurut kajian, antara azam yang paling popular adalah untuk menurunkan berat badan dan berhenti merokok.Kebanyakan kita juga berazam untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Ini termasuklah mahu melangsaikan semua hutang piutang dan menabung dengan lebih konsisten. Sebenarnya kalau difikirkan, walaupun azam itu pelbagai, kebanyakan kita mempunyai azam tahun baru yang hampir serupa.

 

Baca Juga: Tips Berhenti Merokok

 

Tips Azam Tahun Baru

 

1. Senaraikan Azam Anda

Senaraikan segala azam baru yang anda ingin dicapai.Sebenarnya dengan berazam ini, kita dapat mendisplinkan diri kita.

 

2. Azam Yang Realistik

Anda seharusnya membuat azam yang realistik. Pastikan anda mampu dan kebarangkalian untuk anda capai adalah tinggi.

 

3. Bersungguh-Sungguh Mencapai Azam

Pastikan anda berusaha untuk mencapai azam anda. Jangan hanya semangat anda yang berkobar-kobar tapi anda sudah mula leka dari landasan.

 

4. Berikan Ganjaran Pada Diri Sendiri

Janjikan ganjaran pada diri anda sendiri selepas Berjaya melaksanakan azam anda. Sekurang-kurangnya ia mampu membakar semangat anda.

 

5. Catatkan Azam Anda

Pamerkan azam anda di tempat yang mudah dilihat. Jika anda berazam untuk kurus, anda boleh letakkan azam anda di peti ais.

 

Baca Juga: Hilangkan Bau Busuk Peti Ais

 

6. Kongsikan Bersama Rakan

Anda mungkin lebih mudah untuk mencapai azam anda jika anda berkongsikan azam anda bersama rakan. Ia akan menaikkan semangat anda untuk menunjukkan kejayaan anda pada orang lain.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawna-kawan anda.

<< Jom berkenalan dengan 10 wanita tercantik di dunia di sini.

 

 

Previous post

Bengkel “WOMEN EMBRACING BUSINESS 1.0” Penutup Tirai 2015

Next post

Bahaya Menanti Kehamilan Di luar Rahim

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *