Dulu Ada Earth Hour, Sekarang Kita Ada World Quran Hour – JOM JOIN!!
Tahniah kerana sebelum ini kita bersungguh-sungguh menjayakan program Earth Hour bagi menjaga planet kita, sangat memberangsangkan sambutan yang diterima.
Untuk pengetahuan semua, 24 Ramadhan lalu, Karangkraf pernah melalukan kempen #MalaysiaNgaji bersempena dengan malam-malam terakhir Ramadhan. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT.
World #QuranHour
Sempena perjumpaan terbesar di hari Arafah pada 9 Zulhijjah ni akan diadakan kempen #QuranHour . Kempen anjuran dari pihak karangkraf ini bertujuan untuk kita tahu:
- Sejauh mana hubungan kita dengan Al-Quran.
- Sejauh mana telah dalam keluarga kita, di sekolah, dalam organisasi, komuniti, rakyat Malaysia dan warga dunia yang berlandaskan Al- Quran.
- Ikhlas kita membawa Al Quran masuk menjadi solusi diri kita.
- Adakah akhlak kita mewakili keindahan agama cinta kita.
” One Hour, people around the globe interacting with Al-Quran on 9 Zulhijjah @ 9am ( your local time).
So take your first action and watch the ripple effect: The blessing of Quran Interaction“
Ayuh Bagitahu Orang Ramai Mengenai Aktiviti Mulia Ini
- Share kepada rakan-rakan untuk meramaikan lagi aktiviti ini
- Upload aktiviti ini di medai sosial dengan berhashtag “World #Quranhour”
Klik Sini untuk daftar!
Kempen ini akan diadakan pada 11 September 2016, jam 9.00 – 10.00 pagi. (di seluruh dunia)
- Ayuh sama kita luangkan masa bersama Al-Quran tidak kisah secara berkumpulan atau berseorangan
- Tidak kisah sama ada dirumah atau dimana-mana sekalipun.
Tujuan perkongsian ini digalakkan adalah untuk kita mengajak ramai lagi umat Islam agar lebih dekat dengan kitab suci Al -Quran. InshaAllah jika sambutan yang menggalakkan, aktiviti yang sebaik ini boleh diteruskan dengan kerap lagi.
Kudos kepada Pihak Karangkraf kerana menganjurkan aktiviti yang membawa kearah kebaikan seperti ini.
Penafian: Artikel ini diterbitkan oleh pihak ASL Development Group sebagai tanda sokongan penuh yang diberikan untuk aktiviti mulia sebegini, ayuh kita ajak ramai-ramai,.
No Comment