1001 Keistimewaan Rumah PKNS
Membeli rumah, kalau tidak kena caranya memang sukar. Apatah lagi jika anda yang baru pertama kali membeli rumah. Silap haribulan, boleh kena tipu!
Jadi, sebelum anda memutuskan untuk membeli rumah, ada baiknya jika anda melihat dahulu siapakah pemajunya. Bagaimana track record developer selama ini dan apakah sering terlambat untuk serah terima kediaman? Bagaimana kualiti bangunan di projek-projek perumahan yang sebelum ini dan sebagainya.Biarpun sekecil atau sesederhana apapun, rumah tetap menjadi istana buat penghuninya. Tempat berlindung siang malam, tempat berkongsi cerita dan cinta serta membangun masa depan. Jadi, sudah pastilah kita ingin mencari kediaman yang betul-betul terjamin dan selesa untuk didiami.
Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, merupakan Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, di mana beliau juga adalah Presiden PKNSFC, berkongsi cerita tentang keistimewaan kediaman atau rumah PKNS.
Trend Kediaman Hari Ini
Menyentuh tentang trend kediaman masa kini, Puan Zubaidah menjelaskan, generasi muda pada hari ini lebih gemar ataupun berminat membeli rumah jenis strata. Kediaman jenis ini mempunyai fasiliti yang diperlukan seperti kawalan keselamatan, kemudahan kolam renang, kafe,dewan, tadika, surau dan sebagainya.
Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Membeli Rumah & Mengubahsuai Kediaman/ Rumah PKNS
a. Elakkan membeli daripada orang yang tidak dilantik secara rasmi oleh PKNS. Sebaiknya terus berhubung dengan Eksekutif Jualan PKNS di Ibu Pejabat atau setiap cawangan PKNS.
b. Jangan lakukan pengubahsuaian kediaman tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Lantik arkitek untuk menyediakan pelan ubahsuai rumah dan memantau kerja-kerja ubahsuai rumah.
Proses Mendapatkan Rumah PKNS
a. Layari website PKNS property untuk mendapatkan maklumat rumah-rumah PKNS yang dibuka untuk jualan.
b. Daftar nama di kuanter-kaunter jualan PKNS atau terus berhubung kepada Eksekutif Jualan seperti berikut:
Wilayah Tengah: Fadzilah (no tel: 013-3938183)
Wilayah Utara: Zahidan (no tel: 019-3491284)
Wilayah Selatan: Abdul Halim (no tel: 011-23870616)
Harga Rumah Mampu Milik PKNS
a. Pembeli-pembeli yang ingin membeli Rumah Mampu Milik PKNS perlulah mendaftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.
b. Perancangan keseluruhan Rumah Mampu Milik PKNS dan Kumpulan bagi tahun 2016-2020 adalah seperti berikut:
Tahun |
Jumlah projek yang akan dibina 10,260 |
Kediaman Mewah PKNS adalah seperti berikut:
a. Opal Residensi. Harga RM 601,500.00
b. Hijauan Enklaf
– Banglo dari RM 3.8 juta
– Semi D dari RM 3.2 juta
c. Anggun Kirana RM 1.7 juta
d. Anggun 2 RM 874,00.00
No Comment