Gaya HidupSantai

Rasai Sendiri Keseronokan Bercuti Di A Farmosa Waterworld

A famosa waterworld - women online magazine

Nak bercuti? Sebenarnya tak perlu menunggu sehingga waktu cuti sekolah, anda boleh sahaja pergi bercuti pada hujung minggu.

Bagi yang berada di kawasan selatan anda bolehlah berkunjung ke A Famosa Waterworld. Banyak yang menarik di sana. Jom, semak!

A Famosa Waterworld merupakan taman tema seluas 20 ekar di A Famosa Resort. Masa perjalanan hanya mengambil kira-kira 30 minit dari Melaka dan satu jam dari Kuala Lumpur. Popular dengan pelancong Malaysia dan Singapura, ia adalah sebuah taman berorientasikan keluarga  selain dari tarikan air di Waterworld, terdapat satu ‘zoo' besar di Animal World Safari.

Taman Tema Air ini adalah yang paling popular di Melaka. Yang menghairankan, ia tidak disenaraikan dalam tempat melancong, mungkin kerana lokasinya di Alor Gajah. Tambahan pula A Famosa Waterworld ini terbahagikan kepada dua bahagian iaitu Waterworld dan 150 ekar Animal World Safari.

A Famosa Waterworld bukanlah tempat untuk penggemar aktiviti lasak seperti roller coaster, sebaliknya ia adalah untuk memenuhi keperluan keluarga. Jika anda inginkan keseronokan G-force ini bukanlah tempat yang sesuai. Kebanyakan pelancong lebih gemar untuk berkunjung di bahagian Waterworld. Terdapat lebih setengah dozen geluncur di bahagian ini. Antaranya:

  • Family Raft Slide
  • Inner Tube Slide
  • Body Slide
  • High Speed Slide

 

Kanak-kanak pula boleh bermain di zon yang direka khas untuk mereka, yang dikenali sebagai Arabian Village. Ia merupakan taman permainan air  Aladdin-esque dengan geluncur dan segala hiasan yang menyerupai lampu ajaib dan permaidani terbang.  Bagi anda yang mahukan keseronokan, anda boleh menikmati tarikan khas Waterworld iaitu ‘Seven Storey High-Speed Slide'. Ia mungkin antara geluncur yang terbaik di taman tema AFamosa Waterworld kerana anda perlu bermula dengan pendakian yang tinggi untuk ke atas sebelum terjun ke bawah menggunakan geluncur air. Walaupun anda harus beratur, percayalah ia sangat berbaloi dan ini merupakan cara terbaik untuk merasa seperti sedang terbang melayang di udara!

Selain itu, terdapat juga tarikan lain di AFamosa Waterworld seperti  menyusuri ‘sungai' pada tiub dalaman dan pantai buatan manusia.  Animal World Safari pula mempunyai pelbagai haiwan yang dipamerkan hampir seperti zoo. Walaubagaimanapun, daya tarikan yang paling menghiburkan adalah pertunjukkan haiwan yang mempunyai pelbagai watak memakai pakaian manusia dan meniru tingkah laku manusia.

Apabila anda sudah berasa bosan dengan permainan air, anda boleh pergi membeli-belah di salah satu daripada kedai-kedai cenderamata atau makan di restoran yang telah disediakan. Terdapat dua steakhouses iaitu Steakhouse Buluh dan The Ranch, sebuah restoran Cina, Huang Hi dan kafe dengan makanan tempatan. Perlu diingatkan bahawa kadar khas sebanyak RM75 bagi dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak untuk kedua-dua Animal World Safari dan Water World. Jangan risau kerana terdapat pelbagai kemudahan disediakan buntuk para pengunjung seperti:

  • Locker Sewa
  • Pelampung Sewa
  • Pondok Sewa

Nota Kaki: Taman ini bertemakan santai kerana para pengunjung dibenarkan  untuk memakai T-shirt dan seluar pendek di kolam renang, cuma anda tidak dibenarkan untuk memakai jeans dan berzip.

Kredit foto: bestcoolasia

<< Mahu menikmati percutian yang santai. Jom ke Kuala Gandah. Klik di sini.

Previous post

Jom Turunkan Berat Badan Dengan “Lemak Baik”

Next post

Penyebab Mata Kerap Berair. Kalah Orang Menangis!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *