Gaya HidupSantai

Jom Nikmati Cuti-Cuti Indah Di Cameron Highland

Bercuti Di Cameron Highland - Women Online Magazine 1

Foto: de.wallpaperswiki

Cameron Highlands atau dikenali sebagai Tanah Tinggi Cameron  adalah salah satu stesen bukit Malaysia yang paling luas. Saiznya yang berukuran seperti Singapura memiliki kawasan seluas 712 kilometer persegi atau 275 batu persegi.

Di sebelah utaranya ia bersempada dengan negeri Kelantan manakala di sebelah barat ia berkongsi sebahagian daripada sempadan dengan Perak.Bercuti di Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Justeru itu, apakah tarikan Cameron Highlands sehinggakan ia menjadi tempat percutian yang paling popular?

Bercuti Di Cameron Highland - Women Online Magazine 2

Foto: kosmo,1.bp.blogspot,4.bp.blogspot,cameronhighlandsinfo,cameronhighlands

  1. Kampung Taman Sedia

Tarikan menarik di Cameron Higlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak berhampiran dengan Pekan Tanah Rata. Tahukah anda, ia adalah kampung penempatan Melayu yang pertama di daerah ini. Menurut kata orang dulu-dulu, kampung ini merupakan taman bagi orang bunian yang sangat cantik. Oleh kerana taman ini telah tersedia ada, jadi kampung ini telah dinamakan sebagai Kampung Taman Sedia.

  1. Ladang Teh Boh Sungai Palas

Ladang ini merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam mahupun luar Negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari Kea Farm. Kawasan penanaman teh ini memiliki pemandangan yang sungguh indah dan damai. Berukuran 8,000 ekar menerima jolokan nama ‘the big carpet’ atau ‘the green wave’. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kenderaan ringan dengan menyususri jalan yang agak sempit, berliku dan perlu membunyikan hon ketika melalui selekoh tajam. Percutian ke Cameron Highlands memang tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang ini.

  1. Ladang Teh Boh Farlie

Terdapat sebuah lagi lading teh Boh yang wajib untuk dilawati. Ianya terletak berhampiran dengan Pekan Ringlet, namun ianya tidak sepopular Ladang Teh Boh Sungai Palas. Ladang ini dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 4.30 petang. Anda boleh mendaki sehingga ke puncak sambil merakam gambar. Pastinya ia akan memberikan pengalaman yang cukup menarik buat anda.

  1. Ladang Teh Bharat

Masih bercerita tentang lading teh, kali ini Ladang Teh Bharat di mana ia mula beroperasi pada tahun 1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ladang ini menanam teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan anama Cameron Valley. Singgahlah jika anda berkesempatan.

  1. Pasar Malam Brinchang

Pasar Malam Brinchang merupakan lokasi outdoor shopping yang wajib anda kunjungi. Anda boleh membeli pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Terdapat jga gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, pakaian, bantal hiasan, madu lebah dan juga makanan. Ianya dibuka seawall 2.30 petang hingga 11.30 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan. Selalunya kawasan ini akan menjadi sesak dengan pelancong dan kenderaan lalu lalang.

 

Bercuti Di Cameron Highland - Women Online Magazine 3

Foto: static.panoramio,weiwong,static.panoramio,lizazilda

  1. Kea Farm

Kea Farm juga merupakan tempat membeli barang harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang.

  1. Gunung Brinchang

Gunung Brinchang adalah salah satu destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pelancong. Anda boleh menaiki kenderaan ataupun berjalan kaki (jungle trekking) sampai ke puncak. Anda boleh melihat kabus menyelimuti udara dan boleh menghirup udara segar dan nyaman.

  1. Bandar Tanah Rata

Bandar Tanah Rata adalah pusat Bandar utama di Cameron Hinghlands. Di sinilah terletaknya pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perniagaan. Tanah Rata mendapat namanya dari penemuan dan penempatan awal di kawasan tanah yang rata. Seperti Bandar lain juga, ia menerima pembangunan infrastruktur yang pesat. Bandar ini juga tidak terlepas dari kesibukan kota.

  1. Taman Agro Teknologi Mardi

Ia merupakan sebuah agensi kerajaan yang membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi tanm-tanaman tanah tinggi. Taman ini telah ditubuhkan oleh pihak British pada 1925 sebagai Federal Experimental Station.

Ianya dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM3.00 dan kanak-kanak RM1.50 manakala ianya percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Inggeris, Kebun Strawberri, Kebun Teh, Plot Bunga-bungaan dan sayur-sayuran, Plot Anggur, Taman Ros, Taman Herba dan Rumah Penginapan Inggeris.Selamat berkunjung!

<< Ketahui 7 tempat menarik dan seronok dilawati di Kota Kinabalu di sini.

 

Previous post

Petua Hilangkan Sakit Mata & Ketumbit

Next post

Ketahui Cara Memilih Wallpaper Ruang Tamu Untuk Kediaman Yang Tidak Luas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *