Gaya HidupKarier & Wang

9 Tips Cari Duit Lebih

Cari Duit Tambahan - women online magazine

Kredit Foto: muslimwomencoach

Cari Duit Tambahan. Hidup di zaman moden ini agak sukar untuk bergantung pada satu pendapatan sahaja. Semuanya bukan lagi murah. Jadi, jom cari duit tambahan!

Harga barang-barang keperluan harian makin hari makin meningkat. Jadi, tidak hairan jika kos sara diri, kadang kala melebihi gaji anda, termasuklah perbelanjaan anak – anak dan sebagainya. Mempunyai pendapatan sampingan mungkin boleh membantu perbelanjaan sehari – hari anda.

Tapi bagaimana untuk cari duit tambahan? Pasti ramai yang pening kepala apabila memikirkan soal wang. Jangan risau, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.  WOM.my sedia membantu anda dengan tips – tips yang berguna.Sebenarnya, banyak yang anda boleh lakukan untuk cari duit tambahan. Anda hanya perlu rajin sahaja, duit tak datang bergolek ya. Jom semak tips ini.

 Tips Cari Duit Tambahan:

1. Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita. Apa kata, anda cuba buat ‘online business’. Bunyi macam biasa je kan, tapi sebenarnya kalau kita tahu ‘market’ dan ‘demand’ sekarang, pasti anda boleh dapat pendapatan yang lumayan. Cari sedikit kelainan dari segi barangan dan pandai bermain dengan harga.

 

Baca Juga: Cara Buat Duit Online

 

2. Setiap orang pasti ada bakat tersendiri, jadi gunakan bakat yang ada untuk cari duit tambahan. Sebagai contoh, menjahit, make-up, memasak ataupun bakat seni yang lain. Semua ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar.

3. Cuba anda selongkar rumah anda, mungkin anda akan terjumpa barang-barang lama atau antik yang anda sendiri tidak guna. Anda boleh jual barangan terpakai di media sosial, tapi janganlah meletakkan harga yang mahal.

4. Jika anda ingin membuat business anda sendiri, apa kata anda cuba gunakan modal yang kecil dan perlahan-lahan cuba dapatkan keuntungan berpatutan. Jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi. Yang penting anda berusaha dan berani untuk ke depan.

 

Baca Juga: Tips Perniagaan Online

 

5. Jika anda pandai membahagikan masa, anda boleh melakukan kerja sambilan di kedai – kedai atau shopping mall. Nak cari duit tambahan kenalah rajin sikit.

6. Kalau anda rasa malas sangat untuk melakukan kerja lain, anda boleh buat kerja lebih masa ‘over time’ di tempat kerja anda dan cuba dapatkan komisyen dan cuba berbincang dengan bos anda.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Simpan Duit

 

7. Mengumpul barangan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar bahkan anda boleh menjualnya kembali di pusat kitar semula. Contoh barangan kitar semula ialah surat khabar, botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

8. Pasti anda pernah dengar tentang ‘DIY’ (Do it yourself) Barangan DIY mendapat permintaan yang tinggi di samping anda boleh gunakan idea anda tersendiri. Jual murah-murah pun tak apa, yang penting anda dapat cari duit tambahan.

9. Bagi yang berani dan tahu tentang selok belok saham, anda bolehlah mencuba, tapi pastikan anda betul- betul arif tentang hal ini. Jangan nanti semuanya tergadai.

 

>>> Jika anda serius untuk menjana pendapatan sampingan setiap bulan, Anda boleh lihat panduan ini dengan lebih lanjut. Ramai yang telah memilikinya. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

==> [ Panduan Jana Wang dari Rumah ] <==

Selamat mencuba!

Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini ya!

<< Gaji banyak, gaji sikit, anda tetap perlu menyimpan wang. Ketahui cara bijak menyimpannya di sini.

 

 

 

Previous post

Jom Bergaya Ringkas Dengan Baju Kotak-Kotak

Next post

9 Kebaikan Vitamin E Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *