Gaya HidupKarier & Wang

Jadi Ibu Yang Bekerja Kena Pandai Jaga Diri!

Ibu Bekerja - woman online magazine

Kredit Foto: klimg

Ibu Bekerja.Memegang gelaran sebagai ibu bekerja memang mencabar. Sebagai pekerja yang juga bergelar isteri dan ibu, tanggung jawab yang digalas juga berat sebenarnya.

Terlalu banyak yang perlu diberi perhatian, selepas menjaga anak, suami, kerja, binatang peliharaan (jika ada), kerja rumah barulah memenuhi keperluan diri sendiri. Seperti setiap 24jam tidak pernah cukup untuk melakukan segala-galanya, apatah lagi untuk memanjakan diri anda. Stress yang keterlaluan boleh menyebabkan kemurungan.

Ketahui empat sebab kenapa sebagai ibu bekerja anda harus menjaga diri sendiri.

1. Anda Perlu Gembira!

Jika anda dilanda beban kerja yang terlalu banyak di pejabat, kemudiannya membawa pula beban tersebut ke rumah pasti membuatkan mood anda tidak menentu. Hal ini hanya membuatkan seisi rumah berasa sedih. Anak yang lebih tua pula akan menunjukkan protes malahan bayi yang masih kecil juga turut terasa tempiasnya.

Yang Perlu Anda Lakukan : Dengan mengambil masa sejam sehari, penuhi keperluan diri anda sendiri dan semua perkara akan menjadi lebih mudah. Keluarga anda juga pasti lebih ceria walaupun mereka tetap kompelin jika anda terlalu banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Kata kuncinya ialah bertenang dan tarik nafas dalam-dalam kemudiannya lepaskan.

 

Baca Juga: Petua Suami Isteri Berkekalan

 

  1. Anda Boleh Jadi Gemuk!

Ya! Kedua-dua masalah tersebut hanya membuatkan badan anda semakin naik kerana hormon stres iaitu kortisol akan mencetuskan tindakan dalaman bahawa anda sekarang berhadapan dengan bahaya. Jadi reaksi tubuh badan akan memperlahankan metabolisme hingga walaupun anda makan dalam kuantiti yang sama, berat anda tetap naik. Masalah bertambah serius jika anda mempunyai genetik keluarga yang mempunyai penyakit diabetes, kanser, lemah jantung dan sebagainya.

Yang Perlu Anda Lakukan : Jika anda terpaksa bekerja hingga lewat malam di pejabat dan kemudiannya balik melihat bakul anak yang masih belum disiapkan, sebaik-baiknya berehat dan tidur lah terlebih dahulu. Mungkin esok anda boleh masuk lambat dan menguruskan perkara yang belum disiapkan. Selain itu, naik turun tangga lebih bagus berbanding menggunakan lif. Dengan gaya hidup yang teramat sibuk, curi sedikit masa untuk menggunakan tenaga anda supaya lebih sihat.

 

  1. Ingat, Anda bukan Supermom!

Ramai wanita yang merasakan hanya dia sahaja yang mampu membuat kerja dengan betul sama ada di pejabat atau pun di rumah. Tidak ada orang lain yang mampu melakukannya dengan sempurna. Inilah mentaliti yang membelenggu hingga anda terpaksa memikul beban kerja yang berat. Belajarlah untuk memberi tanggung jawab kepada kakitangan yang lain dan juga kepada anak-anak.

Yang Perlu Anda Lakukan: Di tempat kerja, cari seorang kakitangan yang boleh anda percayai untuk uruskan kerja yang berlebihan. Mungkin pada permulaannya kerja yang dilakukan ada kekurangan di sana sini, tapi lama-kelamaan dia mampu melaksanakannya.

Begitu juga dengan anak-anak di rumah, tinggalkan mereka sekali sekala di hujung minggu dengan ayahnya. Mungkin suami tidak mampu memakaikan lampin sesempurna anda tetapi sekurang-kurangnya kepercayaan itu mampu memberi mereka keseronokan dengan tugas baru sekaligus meringankan tugas anda.

 

Baca Juga: Cara Sederhana Hidup Bahagia

 

  1. Hidup Untuk Dinikmati

Terkejar-kejar membuat kerja, laporan dan mesyuarat membuatkan hidup anda penuh dengan kerja yang tidak pernah habis. Senarai yang perlu dilakukan setiap hari juga sentiasa penuh hingga anda tidak tahu untuk memulakannya dari mana.

Yang Perlu Anda Lakukan: Jika anda mempunyai masalah untuk melakukan kerja, mulakan dari yang kecil terlebih dahulu, kemudiannya berehat sekejap. Begitulah seterusnya sehingga tugasan anda selesai. Ingat hidup untuk dinikmati bukannya terlalu mengejar kerja hingga anda hilang nikmat hidup itu sendiri.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Semak 7 ciri orang malas kerja di sini.

 

 

 

 

Previous post

Berubah Wajah Dengan Mekap Simple Dan Natural

Next post

13 Penyebab Terjadinya Kulit Sensitif

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *