Cara Menggunakan Wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0
Anda dah dapat BR1M ? ketahui maklumat dan cara menggunakan wang bantuan rakyat 1 Malaysia 3.0 disini..
Bermula pada tahun 2012, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengusulkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia pada Bajet 2012. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 2.6 million untuk ia diagihkan kepada rakyat.
Syarat kelayakan untuk mendapt Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan ke bawah. Umur yang layak mendapat bantuan ini ialah dari 21 tahun dan ke atas. Semua golongan dan jantina termasuk yang masih bujang , berkeluarga mahupun warga emas
Kini Bantuan Rakyat 1 Malaysia sudah memasuki edisi ketiga dan dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0. Bantuan ini diberikan kepada golongan yang layak mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Pelbagai kategori telah diasingkan untuk yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0. Kategori untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 ialah:
- RM 650- Kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 dan ke bawah.
- RM 300- Individu bujang yang berusia 21 tahun & ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM 2000.
- RM 450- Isi rumah berpendapatan bulanan antara Rm 3000- RM 4000.
- RM 650- Warga emas berusia 60 ke atas & tinggal sebatang kara.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula diagihkan pada 22 Februari 2014. Cara agihannya akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank Maybank pada pemohon yang layak mendapatnya.
Rujukan dari Kemeneterian Penerangan Malaysia; (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/12331-bantuan-rakyat-satu-malaysia-ringan-beban-rakyat.html)
Jadi dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang kita pikul, tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian tinggi. Apa yang boleh kita lakukan dengan wang yang telah kita dapat hasil daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia?
Antara yang boleh anda lakukan ialah:
1) Membayar Hutang
Ya, ia mungkin tidak dapat melangsaikan kesemua masalah hutang anda. Namun sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan anda untuk membayar hutang di keliling pinggang anda dan mengurangkan beban hutang anda.
Pada yang baru menamatkan pelajaran, dengan duit hasil Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini dapat membayarkan serba sedikit hutang pembelanjaran anda dahulu, seperti PTPTN. Pada yang sudah bekerja, duit ini serba sedikit dapat menjimatkan bajet bulanan anda untuk membayar hutang seperti pembayaran bulanan untuk kereta dan rumah.
Malah hutang anda kepada dengan ahli keluarga dan rakan-rakan juga dapat dilangsaikan.
Wang ‘bonus’ ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban anda ( mungkin untuk tempoh sebulan) untuk membeli keperluan harian untuk anda dan keluarga. Penjimatan wang gaji dapat dilakukan. Pembelian barang keperluan seperti barang dapur dapat menjimat sekurang-kurangnya suku dari bajet perbelajaan anda.
3) Membayar Bil & Sewa
Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 bukan sahaja mampu meringankan beban hutang, tetapi juga meringankan kos utiliti dan bil dan ditanggung oleh anda setiap bulan.
Pembayaran bil seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, bil Astro (bagi yang melanggannya) dan juga pembayaran untuk rumah sewa dapat dibayar dengan menggunakan bantuan ini.
4) Wang Saku untuk Anak-Anak / Ibu Bapa
Pada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 ini boleh digunakan untuk anak-anak yang sedang bersekolah. Gunakan setengah daripada duit itu untuk dibelanjakan sebagai duit belanja anak-anak kita untuk pergi ke sekolah.
# Pada yang masih bujang, disarankan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 itu anda boleh memberikan sedikit kepada ibu bapa anda, tidak kira mereka juga mendapat bantuan itu atau tidak. Ia tanda tanggungjawab anda sebagai anak terhadap ibu bapa anda.
5) Wujudkan Tabung Kecemasan
Pada yang masih belum ada tabungan kecemasan, mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda memulakannya.
Tabung kecemasan ini adalah tabungan atau simpanan untuk anda sentiasa bersedia dan berjaga-jaga untuk sebarang kemalangan atau musibah kemungkinan yang bakal dihadapi seperti kemalangan, jatuh sakit akan kehilangan harta benda.
Simpan setengah dari duit itu ke dalam tabungan kecemasan dan mulakan tabiat ini apabila anda mendapat gaji bulanan kelak. Ia supaya anda sentiasa bersedia untuk menghadapi dugaan yang menimpa tanpa perlu mengharapkan bantuan daripada orang lain.
Jika tiada keperluan atau langsung tiada idea apa hendak dilakukan, sebaik-baiknya anda simpan saja duit bantuan anda itu. Ia mungkin berguna untuk masa depan anda untuk perkahwinan anda ( bagi yang belum berkahwin) atau untuk membeli aset seperti rumah untuk masa akan mendatang.
Sebaik-baiknya simpanlah wang anda itu di dalam bank atau pelaburan yang sah (seperti Amanah Saham Berhad) supaya anda akan mendapat faedah daripada wang simpanan anda.
Jelas banyak kebaikan yang dapat diperolehi hasil daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 yang diberikan oleh kerajaan. Berbelanjalah secara berhemah apabila mendapat hasil bantuan tersebut. Jangan menjadi seperti ‘kera mendapat bunga’ apabila mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0.
Elakkan daripada boros menggunakan bantuan yang anda dapat itu seperti membeli belah, membeli pakaian berjenama atau membeli perabot rumah mewah. Ingatlah, cara perbelanjaan anda mencerminkan diri anda yang sebenarnya.
kredit foto kepada thestar
No Comment