FesyenModeStail

Panduan Pilih Baju Menyusu Muslimah

baju menyusu - women online magazine

Kredit Foto:canadianpainsummit2012

Baju Menyusu Muslimah.Tentu ramai kaum ibu di luar sana yang pening kepala memikirkan baju menyusu Muslimah yang murah dan sesuai dengan dirinya.

Apa yang selalu bermain di fikirannya adalah bagaimana hendak nampak cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama tidak menganggu proses penyusuan bayi terutama semasa berada di luar rumah. Jalan terbaik adalah dengan memilih baju menyusu Muslimah yang sesuai untuk anda menyusu walau di manapun anda berada.

Baju menyusu ini turut dikenali sebagai ‘nursing cloth' atau ‘breastfeeding cloth'.

Tahukah anda menyusu dapat mengeratkan hubungan anak dan ibu menerusi sentuhan kulit serta pandangan mata ketika sedang menyusu? Ini secara tidak langsung akan membentuk kasih sayang secara berpanjangan. Maka jangan sekali-kali abaikan penyusuan kepada bayi.

Kehadiran baju menyusu Muslimah yang pelbagai di pasaran,maka tidak ada lagi alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu dengan alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah.

Namun,si ibu sangat digalakkan memilih baju menyusu yang mengikut syariat Islam iaitu menutup aurat.

 

Antara panduan yang boleh anda ikuti adalah:

1. Labuh dan longgar

Untuk memudahkan si ibu menyusukan bayi, anda disarankan untuk memilih baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar tidak mengikut susuk tubuh badan. Seperti kita sedia maklum, menyusu di khalayak ramai mungkin memberikan sedikit ketidakselesaan kepada ibu.

Oleh itu, dengan baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar dapat memberikan keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.

 

 

Baca Juga: Bantal Ibu Mengandung

 

 

2. Baju mempunyai butang di hadapan

Baju menyusu yang mempunyai butang pada bahagian hadapan juga memudahkan ibu menyusu. Selalunya pelapik dalam dijahit terus dengan baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak menyusu samada di sebelah kiri atau pun sebelah kanan.

Menariknya kreativiti pereka kebanyakan baju menyusu sekarang baju menyusu muslimah tersebut direka lebih moden supaya tidak nampak seperti baju menyusu.

Malah ada juga baju menyusu muslimah yang menggunakan zip sorok di bahagian hadapan. Oleh itu,ketika anda mahu menyusu,anda cuma perlu menarik sahaja zip ke bawah dan sesuai dipakai dengan tudung labuh. Diingatkan pemilihan bukaan menyusu bergantung kepada anda untuk keselesaan menyusu dan juga untuk mengepam susu dengan selesa ketika berada di tempat kerja dan sebagainya.

 

 

Baca: Tudung Bidang 60

 

 

3. Baju yang menyerap peluh

Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap peluh akan mengalir cepat. Kadangkala ibu menyusu akan berpeluh ketika menyusukan bayi. Rekabentuk baju menyusu Muslimah yang baik adalah rekaan yang mementingkan keselesaan ibu menyusu dengan kain yang sejuk dan tidak panas ketika dipakai.

Dalam erti kata lain, baju menyusu yang menyerap peluh. Jadi, baju menyusu Muslimah yang diperbuat daripada fabrik kapas(cotton) membantu menjadikan ibu lebih selesa ketika sedang menyusu bayi.

 

 

Baca Juga: Jubah Cantik

 

 

4. Fabrik tidak jarang

Seharusnya baju menyusu Muslimah haruslah menggunakan material yang tidak jarang dan sejuk. Sebelum anda membeli,pastikan anda mengetahui jenis material dan fabrik yang digunakan. Ini bagi mengelak si ibu terpaksa memakai alas baju sekaligus memberikan rasa kurang selesa kepada anda.

 

5. Pakai tudung labuh

Bagi ibu menyusu pemakaian tudung yang labuh akan memberi kelebihan kepada ibu kerana anda dapat menyusukan bayi dalam keadaan yang agak tertutup. Pemilihan baju, rekabentuk dan warna adalah penting dalam mengekalkan imej ibu supaya selalu kelihatan anggun.

Walaupun sudah mempunyai anak para ibu masih tetap kelihatan bergaya dalam rekaan baju menyusu Muslimah. Belilah baju menyusu Muslimah yang sesuai dengan diri anda supaya anda dan bayi anda berasa lebih selesa.

 

Nota Kaki: SHARE lah artikel ini dengan kawan-kawan anda ya. Semoga ianya bermanfaat.

<< Suami perlu tahu ragam isteri mengandung demi kesejahteraan rumahtangga. Baca di sini.

Previous post

Wajib Baca! Tips Keselamatan Rumah Ketika Balik Raya

Next post

Etika Penting Bila Ke Jamuan Hari Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. March 27, 2015 at 11:21 pm — Reply

    Betul tu, zaman sekarang, memang kreatif diorang buat baju khas untuk ibu-ibu menyusu, memang menyelesaikan masalah ibu menyusu, kalau mummies2 pakai Sling (mcm anduh untuk dukung bayi) + pakaian dalam direka khas untuk menyusu + baju menyusu = orang takkan nampak anda sedang menyusukan bayi.. sambil2 tengah beratur nak bayar kat kaunter pon boleh menyusukan anak.. tenanggg je.. hehe~

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *