FesyenGaya HidupModeStail

Fenomena Hijab Seksi Terus Menular

Hijab Seksi - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Hijab Seksi.Sepatutnya memakai hijab bukan jadi ‘trend’, tetapi satu kewajipan!

Hijab adalah cara berpakaian untuk menutup aurat yang sesuai dengan tututan agama. Cara berpakaian ini dipraktik sebagai syariat dalam Islam.

Namun, kebelakangan fenomena yang disebut ‘Jilboobs’ atau gaya hijab seksi ini terus menular di kalangan para hijabers sama ada di media online mahupun media sosial. Bersepah gambar-gambar wanita berhijab dengan penampilan dan gaya seksi yang boleh anda lihat di Facebook, Twitter mahupun di Instagram.

Fenomena ini telah menampakkan ramai wanita berhijab yang mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bahagian tubuh tertentu.

Fenomena Jilboobs atau hijab seksi ini terus menjadi perhatian masyarakat  serta menimbulkan banyak pro dan kontranya.

Meskipun  fenomena ini heboh diperkatakan, namun tidak semua orang tahu ataupun faham apa itu “jilboobs”.

 

Baca Juga: Gaya Hijab Selebriti

 

Jilboobs merupakan istilah yang diguna pakai untuk merujuk pada wanita yang memakai hijab, namun berpakaian ketat sehingga menampakkan bahagian lekukan tubuh yang tidak sepatutnya dipamerkan oleh para jibabers. Atau lebih senang untuk difahami ialah gaya “hijab seksi”! (Berhijab tapi bergaya seksi).

Inilah fenomena baru dalam dunia fesyen muslimah. Bertudung, memakai pakaian  dengan lengan panjang, tetapi ketat dan cenderung seksi. Rekaan hijab yang dikenakan juga pendek atau tidak menutupi bahagian dada. Bahkan, ada yang sanggup  menggunakan material jarang (tembus pandang), legging dan sebagainya yang memang tidak sesuai dengan pemakaian hijab yang sepatutnya.

Fenomena ini turut memberikan impak yang cukup besar kepada wanita-wanita yang beragama Islam yang benar-benar menetapkan hukum dan syariat Islam tentang pemakaian hijab yang betul. Bahkan, ada yang menganggap tindakan para jilboobers, merupakan tindakan menghina agama dan boleh menjatuhkan Islam.

 

Baca Juga: Cara Pakai Shawl Simple

 

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang menganggap kemunculan para jilboobers ini sebagai salah satu cara yang menarik untuk membuatkan para wanita termasuk para selebriti mahu memakai hijab serta tampil lebih fashionable.

Dalam erti kata lain, daripada selama ini dia tidak mahu memakai hijab, akhirnya bersedia memakainya. Bermakna, mendekatkan wanita Muslim dengan hijab.

Sebagai masyarakat  yang berbudaya, sebagai wanita Muslim tentunya anda perlu lebih teliti lagi dalam menggunakan hijab dan menelaah makna yang sebenarnya di sebalik pemakain hijab tersebut.

 

Baca Juga: Tudung Instant

 

Berhijab bukan hanya sekadar untuk menutup kepala, sedangkan di bawah ketatnya tak ubah seperti ‘karung nangka’! Itu bukanlah cara berpakaian seperti yang disyariatkan Islam serta dikehendaki Allah! Fikir-fikirkanlah terutama bagi anda yang suka memuat naik gambar-gambar jilboobs anda ataupun model-model yang mengayakan perniagaan tudung ataupun pakaian secara online yang sedang anda usahakan itu.

 

Baca Juga: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Jom dapatkan tutorial cara pakai shawl adra di sini..

Previous post

5 Senaman Ringkas Buat Anda Yang Sentiasa Sibuk

Next post

3 Khasiat Telur Masin Buatan Sendiri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *