Jom Berkelah Di Hutan Lipur Kanching
Foto: 4.bp
Hutan Lipur Kanching terletak di Hutan Simpan Kanching dan Hutan Simpan Lagong yang merupakan sebahagian daripada Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor.
Dilengkapi dengan laluan pejalan kaki sepanjang air terjun, ianya masih diliputi hutan tropika yang hijau. Di beberapa tempat terdapat kedudukan yang sesuai untuk perkhemahan dan aktiviti berkelah. Menjadi tumpuan terutamanya di hujung minggu. Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas awam, gerai untuk menjaja tempat persalinan dan kawasan letak kereta.
Tarikan Hutan Lipur Kanching
Hutan rekreasi ini sesuai untuk pengunjung yang mahukan tempat yang indah. Mempunyai 7 tingkat air terjun, suasana tenangnya cukup untuk anda melarikan diri dari bandar yang sibuk. Terdapat kawasan yang terbuka luas menyediakan ruang yang sesuai untuk aktiviti kumpulan, manakala terdapat juga gerai yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata.
Cara ke Hutan Lipur Kanching
Jika anda tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, ianya hanya mengambil masa kira-kira 23 km sahaja. Manakala, 13 km dari Bandar Rawang melalui Jalan Selayang – Rawang.
Tiada pengangkutan yang disediakan ke Hutan Lipur Kanching. Cara terbaik adalah anda memandu kereta sendiri.
Waktu Operasi:
7 pagi – 7 petang setiap hari.
Bayaran Masuk:
Dewasa:
- RM1 (12 tahun dan ke atas dengan MyKad)
- RM3 (Mereka yang tidak mempunyai MyKad)
- Parking kereta: RM2
- Motosikal: RM1
- Lori / Bas: RM5
Nota!
- Monyet berkeliaran di sekitar kawasan air terjun.Jaga barangan anda dengan selamat.
- Awasi anak-anak anda ketika mandi di kawasan air terjun Hutan Lipur Kanching.
- Tiada pengawal keselamatan di situ. Perhatikan anak-anak anda dan juga barangan peribadi anda.
<< Ketahui tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah di sini.
No Comment