Gaya HidupKarier & Wang

Kenapa Mesti Cari Kerja Baru Di Tahun Baru?

Terapi Warna

Foto: people

Di antara resolusi tahun baru yang sering didengari adalah “Saya inginkan kerjaya baru di tahun baru ini” dan apabila ditanya mengapa; jawapan yang diberi sering dikaitkan dengan, di antaranya, persekitaran kerja yang tidak memuaskan, stres, bosan dengan kerja, gaji tidak mencukupi, tidak puas hati dengan bos dan macam-macam lagi.

Tetapi sebelum anda membuat keputusan untuk meletak jawatan, apa kata anda berikan satu peluang terakhir untuk diri dan juga kerjaya anda sekarang dengan membuat beberapa perubahan kecil dengan menggunakan warna. “Yes, you heard it right”! Warna dapat mempengaruhi pelbagai perkara dalam kehidupan seharian anda, sama ada anda sedar atau tidak. Jadi apa kata anda gunakan kuasa warna untuk memperbaiki situasi di tempat kerja.Wujudkan semangat kerja yang baru di tempat kerja anda sekarang dengan mengaplikasikan tips-tips warna untuk mengenalpasti siapa diri anda sebenarnya.

Kenalpasti Warna Diri

Setiap dari kita mempunyai warna diri yang terdiri daripada warna luaran dan warna dalaman yang membentuk personaliti diri seseorang itu.Warna diri dapat dikenalpasti melalui beberapa teknik dan salah satu teknik yang boleh anda cuba adalah teknik “Applied Kinesiology”. Apa yang menarik tentang teknik ini adalah ianya suatu diagnosis yang mudah, 99% tepat dan tidak memerlukan sebarang peralatan; hanya dengan menguji kekuatan otot tangan anda akan mendapat jawapannya.

Bagi teknik “Applied Kinesiology”, terdapat 4 warna utama dari spektrum cahaya yang akan membentuk warna diri iaitu PUTIH, MERAH JAMBU, HIJAU & BIRU.Setiap warna PUTIH, MERAH JAMBU, HIJAU & BIRU yang disebut tadi itu pula mempunyai titik tenaga yang kedudukannya adalah berbeza pada tubuh badan kita dan titik –titik tenaga ini mempunyai peranan besar dalam melakukan diagnosis warna diri.

Langkah-langkah untuk melakukan diagnosis warna diri ini adalah seperti berikut:

i) Adalah penting untuk kedua-dua pihak iaitu pendiagnos dan orang yang didiagnos mempunyai 100% penyerahan sebelum diagnosis dimulakan. Ini bermaksud kedua-duanya perlulah menenangkan jiwa dan fikiran dan bersedia menerima apa jua keputusan yang akan terhasil, bebas dari sebarang gangguan fikiran yang boleh menggugat keputusan diagnosis nanti.

ii) Orang yang didiagnos mestilah mengangkat tangan KANAN sehingga ke paras bahu manakala pendiagnos pula perlu menerima dengan tangan KIRI.

iii) Tangan kiri orang yang didiagnos pula perlu di letak pada titik-titk tenaga mengikut warna yang akan didiagnos ke atas individu tersebut:

  • warna putih titik tenaganya adalah di atas kepala
  • warna merah jambu titik tenaganya adalah di antara kening
  • warna hijau titik tenaganya adalah di atas dahi; dan
  • warna biru titik tenaganya adalah di atas dada.

iv) Apabila sudah bersedia untuk memulakan diagnosis, pendiagnos perlu mengajukan soalan kepada orang yang didiagnos     dengan menyebut namanya dan seperti berikut

“ [Nama], adakah PUTIH warna luaran anda?”.

Setelah selesai soalan diajukan, pendiagnos perlu menolak ke bawah tangan orang yang didiagnos dengan menolak pada pergelangan tangan; manakala orang yang didiagnos perlu melawan tolakan tersebut.

v) Ulangi langkah ke-empat di atas untuk warna-warna lain dengan mengubah kedudukan tangan kiri orang yang didiagnos mengikut titik tenaga warna berkenaan dan juga soalan yang diajukan perlulah di ubah mengikut warna yang akan didiagnos ke atas individu tersebut.

vi) Setelah selesai membuat diagnosis warna luaran, ulangi langkah-langkah yang sama di atas untuk membuat diagnosis warna dalaman pula.

Titik-titik tenaga adalah sama seperti sebelumnya cuma perbezaannya terletak pada soalan yang diajukan iaitu “[Nama], adakah merah jambu warna dalaman anda?”

Jawapan kepada apakah warna luaran dan warna dalaman seseorang itu terletak pada kekuatan otot tangan individu itu sendiri. Sekiranya tangan kekal pada paras bahu walaupun telah ditolak kebawah sekuat hati oleh pendiagnos setelah soalan bagi sesuatu warna itu diajukan, ini bermakna warna tersebut adalah warna dirinya.Warna luaran menentukan 80% perwatakan seseorang manakala warna dalaman menentukan 20% perwatakan seseorang.Bagi sesetengah orang, kedua-dua warna luaran dan dalamannya adalah sama dan ada juga yang warna luaran dan dalamannya berbeza.

  • Warna putih membawa maksud individu yang spiritual iaitu seseorang yang spiritual dari segi keagamaan atau seseorang yang sukakan keheningan atau alam semulajadi dan boleh membaca situasi.
  • Warna merah jambu bermaksud seseorang yang beremosi, penyayang, memerlukan kasih sayang yang banyak dan sensitif dengan perasaan orang disekeliling.
  • Warna hijau bermaksud seseorang yang pemikir kerana hijau sinonim dengan minda dan individu seperti ini sangat objektif dan logikal dalam membuat perhitungan.
  • Manakala warna biru pula melambangkan seseorang yang aktif, agresif dan mempunyai kebolehan fizikal yang tinggi.

Pentingnya mengetahui warna diri adalah kerana ia membantu seseorang individu itu dalam:

i) Mengenalpasti kekuatan dan potensi diri.

ii) Mengenalpasti kecenderungan diri.

iii) Mengenalpasti perwatakan seseorang secara mendalam.

iv) Mengenalpasti kelemahan yang boleh diperbaiki.

Pastinya apabila anda telah mengenali diri anda secara mendalam dan ketahui kebolehan, potensi, kekuatan, kecenderungan; ianya akan mewujudkan suatu perubahan paradigma dalam diri yang mana ia akan menghasilkan persepsi baru terhadap apa jua yang anda lakukan termasuklah kerjaya. “Your job may not be as bad as you think”.

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Singkap keperibadian diri anda melalui warna lipstik di sini.

Previous post

Daun Kemangi Merawat Batuk & Selsema

Next post

Ketahui Cara Mudah Atasi Masalah Bau Kaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *