Macam Mana Nak Jadi Kaya? Begini Caranya….
Kredit Foto: businessinsider
Macam Mana Nak Jadi Kaya? “Alangkah seronoknya kalau aku kayaaaaaa…” Boleh dikatakan semua orang nak jadi kaya raya dan bergelar jutawan.
Semua orang mahu hidup senang. Punya cita-cita hidup bebas dan senang lenang dengan duit dan harta yang melimpah ruah. Memiliki rumah banglo besar dan kereta yang berjenama bagus lagi gah. Paling penting, hidup bebas daripada segala-hutang-piutang!
Jom semak cara macam mana nak jadi kaya yang boleh anda praktik.
1.Menabung
Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji tetapi janganlah pula simpan di tangan anda. Kalau tidak sekejap saja duit simpanan anda itu habis digunakan. Anda bolehlah menyimpannya di bank. Oleh itu,pastikan anda mempunyai dua bank,satu bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpanan.
Baca Juga: 5 Punca Duit Tak Ada!
Labur duit di Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) untuk dapat dividen. Selain ASB, pelaburan dalam emas dan hartanah juga boleh bagi keuntungan yang tinggi. Pelaburan yang menguntungkan ini dapat memberi anda duit yang lebih dan sekiranya anda pandai memilih pelaburan,tak mustahil anda bakal menjadi kaya raya. Namun, pastikan anda tidak terjebak dengan tawaran sindiket jutawan segera tau…
Sekiranya anda rajin dan mempunyai masa lapang,anda bolehlah membuat kerja ‘part time” seperti menjual baju, ‘cupcake’ dan sebagainya., Sekurang-kurangnya setiap bulan masuk juga duit dalam bank anda.
Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah kerana bersedekah akan mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membukakan pintu rezeki.
Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tidak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jadi, jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Biasanya golongan kaya ini juga akan melakukan multi-tasking dalam kehidupan sehariannya, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!
Jika anda berminat nak memulakan perniagaan tapi tidak tahu bagaimana bermula ? Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.
6.Berpandangan Jauh & Ada Visi Serta Misi
Anda perlulah menetapkan matlamat hidup, tidak kira sama ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Setkan minda anda bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik.
Baca Juga: Rahsia Berjaya Berniaga Online
Info Ekstra!
- Rezeki Yang Berkat
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Kesimpulan
Kita kena ingat, bukan senang mahu senang. Juga bukan susah mahu susah. Itulah lumrah kehidupan. Tak salah mengejar kekayaan, tapi jangan sampai lupa diri! Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa jika mahu mencapai impian anda untuk bergelar orang kaya!
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui lebih lanjut tentang rahsia simpan duit di sini.
No Comment