Jom Ke ‘Street Art’, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Kredit fot0: kimchoolicious
Laman Seni Seksyen 7
Anda suka ber‘selfie’? Mahu ber‘posing’ sakan pelbagai gaya berlatar belakangkan hasil seni yang menarik?
Jika laman seni di Pulau Pinang yang menjadi satu kemestian untuk bergambar ketika melancong ke sana. Namun, keasyikkan itu boleh anda lihat dan nikmati di laman seni yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Dikenali sebagai Laman Seni Seksyen 7, ia merupakan laman seni yang kedua selepas laman seni yang terdapat di Seksyen 2, Shah Alam.
Laman Seni Seksyen 7 ini adalah inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Program Pengindahan Lorong Belakang . Program ini bertujuan untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Tahukah anda bahawa kesemua lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’?
Selepas itu, 10 penyertaan terbaik daripada setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural di Laman Seni Seksyen 7 ini adalah bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam Community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.
Bagaimana Mahu Ke Sana?
Lokasi Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam ini adalah di Lorong Belakang kawasan Komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
Anda bolehlah memandu kenderaan ke kawasan perniagaan yang terdapat di Seksyen 7 Shah Alam ini ataupun berjalan kaki sahaja di belakang butik Radiusite,Restoran Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam dan kedai-kedai lain yang terdapat di sini.
Sekiranya anda telah berada di mercu tanda yang dinyatakan, anda dapat melihat lukisan-lukisan mural yang terpampang di dinding-dinding laman Seni Seksyen 7 ini.
Terdapat pelbagai lukisan mural yang menarik perhatian orang ramai untuk bergambar.Anda tunggu apa lagi? Jom bawa bersama kamera, GoPros,t elefon pintar, ‘monopod’ dan sebagainya untuk ber’selfie’ sambil menghayati karya seni yang terdapat Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam ini.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ye
<< Jom selami keindahan Pulau Pangkor di sini.
No Comment