Gaya HidupSantai

Mesti Pergi! 6 Tempat Menarik Di Port Dickson

tempat menarik port dickson - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan )

Foto: Sekadar Hiasan

Tempat Menarik Di Port Dickson Adakah anda sudah merancang percutian anda? Jom kita ke Port Dickson!

Pantai Port Dickson (PD) adalah tempat percutian hujung minggu yang menarik untuk warga kota. Port Dickson, dikatakan telah dinamakan sempena nama seorang pegawai British, Sir John Frederik Dickson pada tahun 1889.

Ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu mengambil nama seorang pegawai lain British yang menyelia pelabuhan British yang mengendalikan bijih timah di Lukut, sebuah daerah Port Dickson pada ketika itu.

Port Dickson terkenal dengan keindahan pantainya, terdapat juga pelbagai kemudahan serta mempunyai infrastruktur yang baik. Begitu juga dengan tempat penginapannya. Ada yang mahal dan juga murah, pilih sahaja mana yang menepati bajet kita.

 

Antara Tempat Menarik Di Port Dickson: 

1.  Ostrich Farm

Antara tarikan yang popular di Port Dickson sekarang ini ialah Ostrich Farm. Tempat sebegini memang sesuai untuk kanak-kanak sebab mereka boleh melihat binatang dari jarak dekat

Mereka boleh beli makanan dan beri terus pada binatang-binatang di farm ini. Selain burung unta dan buaya, ada banyak lagi binatang yang dipamerkan di sini..

#Bagi yang berminat untuk ke sini, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang dan Dewasa RM13 dan bagi Kanak-kanak (3-12 tahun) RM8

 

2. Pantai Teluk Kemang

Terletak di Batu 7 dan 8, Teluk Kemang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson. Jika anda mahukan semua kemudahan dalam satu tempat, maka Teluk Kemang adalah pilihan terbaik.

Antara aktiviti menarik dan cukup popular di pantai ini, anda berpeluang menaiki ‘banana bot’  sambil menikmati keindahan pantainya. Pantai Telok Kemang diwartakan sebagai Pusat Pelbagai Aktiviti & Acara Pelancongan Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa.

 

 

Baca Juga: Percutian Paling Menarik Di Malaysia

 

 

3. Muzium Tentera Batu 5, Port Dickson

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ia setanding dengan muzium-muzium  tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein.

Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.

Muzium ini terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Sangat mudah untuk dikunjungai kerana kedudukannya yang  terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.Di dalam muzium ini terdapat banyak artifak dan barangan sejarah askar dahulu.

 

4. Prima Water Theme Park, Batu 12 Port Dickson

Menawarkan pemandangan laut Selat Melaka yang cukup indah, PRIMALAND Resort & Convention (PRCC) menawarkan empat pilihan untuk menjamu selera dan pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Bilik-bilik moden dilengkapi dengan Wifi percuma.Memang seronok!

Malahan, bilik-bilik dicat dalam warna-warna hangat, berhawa dingin dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan menggosok pakaian dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi EN suite menyediakan kemudahan pancuran mandi air panas/sejuk.

Tetamu boleh bersantai di tepi kolam renang luaran dan air terjun buatan manusia atau bersenam di pusat kecergasan.

#Kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam boleh membantu dengan kemudahan-kemudahan mesyuarat/jamuan dan sewaan basikal. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan termasuk bola tampar air dan pingpong.

 

 

Baca Juga: A Farmosa Waterworld

 

 

5. Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson

Hutan Simpan Sungai Menyala di Negeri Sembilan mempunyai keluasan 1,305 hektar dan terletak pada ketinggian 20-40 meter dari aras laut.

Struktur geografinya menunjukkan hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan juga merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terluas dan terbesar di rantau Tropika.

# Aktiviti/Kemudahan di sini:
Penginapan, Kantin, Dewan, Bilik Pameran, Perpustakaan, Ruang Pejabat, Denai Interpretasi, Surau, Gerai, Pokok Jelutong Terbesar, Pokok Tualang (Dalam kajian), Kolam semulajadi, Habitat burung helang.

 

6. Rumah Terbalik

Rumah Terbalik pertama di Negeri Sembilan. Dibuka pada hari Isnin Hingga Sabtu, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Harga RM15 untuk dewasa, manakala kanak-kanak yang dibawah 12 tahun pula dikenakan RM10. Terletak di Jalan Pantai Port Dickson, berdekatan dengan Ostrich Farm dan Politeknik Port Dickson.

Bagi anda yang suka bergambar, jangan lupa singgah ke Rumah Terbalik yang cukup-cukup menarik ini.

 

Nota Kaki: SHARE artikel percutian ini ya untuk memudahkan kawan-kawan anda untuk memilih destinasi percutian kali ini.

Jom kita cuba pula menjelajah tempat-tempat menarik seperti di bawah:

 

 

 

Previous post

Cara Tepat Menjaga Rambut Apabila Anda Bertudung

Next post

Cara Tanam Cili Dalam Pasu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. April 29, 2014 at 1:46 pm — Reply

    banyak pantai disepanjang jalan port dickson ni, memang menarik dan agak landai sesuai buat macam-macam aktiviti.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *