Pasangan Panda Gergasi Bakal Tarik Lebih Ramai Pengunjung Ke Zoo Negara
Sekarang ini banyak isu mengenai Panda Malaysia. Tahukah anda di mana Panda Malaysia ini di tempatkan? Sila baca informasi di sini..
Jika anda masih tercari-cari tempat menarik yang ingin dikunjungi pada musim cuti persekolahan nanti, jangan lupa lengkapkan percutian anda itu ke Zoo Negara.
Kunjungan anda dan keluarga ke Zoo Negara pada kali ini mungkin akan jadi lebih bermakna. Lebih-lebih lagi, dengan kewujudan pasangan Giant Panda Malaysia, Feng Yi (betina) dan Fu Wa (jantan) yang akan menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Pastinya Zoo Negara yang terletak di Hulu Klang ini bakal meriah dengan tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Wah, penuhlah Zoo Negara nanti, kan.
Pasangan panda comel dari China, yang menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, selamat tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antrabangsa(KLIA) pada hari Rabu yang lalu. Melalui penerbangan khas, pesawat MASKargo Airbus 330-200(MH6462) dari Chengdu, China, ketibaan pasangan Giant Panda Malaysia itu disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.
Kedua ekor haiwan ini dipinjamkan bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda , di antara Malaysia dan Republik Rakyat China(RRC) yang telah ditandatangani pada tahun 2012 itu. Melalui perjanjian tersebut Malaysia akan berpeluang untuk membuat penyelidikan konservasi Giant Panda, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Pasangan Giant Panda itu telah ditempatkan di Zoo Negara dan dikuarantin selama lebih kurang sebulan di dalam rumah khas yang telah siap di dibina.
Jom, jom kita ke Zoo Negara. Tak kisahlah berapa pun harga tiketnya, yang penting kita berpeluang melihat sendiri habitat comel yang hampir pupus ini. Selamat bertemu Feng Yi dan Fu Wa!
<< Jom Ketahui destinasi menarik Percutian Di Langkawi di sini..
No Comment