Bergaya Anggun Dengan Jubah Hitam
Kredit foto: stylesgap
Tidak dinafikan, ramai wanita gemar memilih warna hitam dan menolak untuk memakai warna yang lain!
Pakaian berwarna hitam dikatakan paling tepat untuk menyamarkan kekurangan tubuh. Bahkan, pemakaian jubah hitam atau dikenali sebagai abaya hitam menjadi trend hangat di Malaysia. Banyak pereka fesyen gemar mengolah semula jubah hitam dengan potongan atau perincian yang lebih menarik agar nampak mewah dan boleh dipakai kemana sahaja. Inspirasi jubah hitam diambil dari negara Timur Tengah dan disesuaikan dengan gaya pemakaian rakyat Malaysia.
Jom lihat inspirasi fesyen jubah hitam atau abaya hitam yang boleh anda dapatkan di butik dan juga di dalam talian.
10 Jenis Jubah Hitam Pilihan Terkini
1. Jubah hitam mengikut potongan badan
Jubah hitam jenis ini direka khas bagi sesiapa yang memiliki bentuk tubuh yang menarik. Potongan yang mengikut badan ini tidak sesuai dipakai oleh wanita yang berbadan gempal.
Jubah hitam jenis potongan lurus ini mudah untuk didapati kerana ianya mengikut potongan jubah hitam dari Timur Tengah. Jubah hitam jenis ini bersaiz agak besar dan longgar.
3. Jubah hitam berbutang di hadapan
Jubah hitam yang berbutang di hadapan selalunya mempunyai perincian yang menarik di bahagian depan. Namun, si pemakai perlulah memakai seluar atau kain dibahagian dalam kerana belahan butang tadi boleh menampakkan kaki anda.
4. Jubah hitam berlabuci
Labuci yang dijahit pada jubah hitam bukanlah sembarangan labuci. Labuci yang digunakan selalunya yang berkualiti tinggi dan nampak ekslusif. Labuci ini dihias dibahagian pergelangan tangan dan bahagian dada.
5. Jubah hitam jarang
Jubah hitam yang telah mendapat sentuhan pereka fesyen ternama seringkali menggunakan fabrik lain yang agak jarang untuk busana mereka. Tidak ketinggalan juga jubah hitam yang menggunaan fabrik yang agak jarang ini memberikan jatuhan yang cantik apabila dipakai. Pada bahagian dalamnya pula, akan dipadankan dengan inner labuh bercorak ataupun kosong. Tampak lebih moden dan eksklusif.
6. Jubah hitam hoodie
Jubah hitam hoodie ini merupakan gabungan jubah hitam dan hood yang dipakai sebagai penutup kepala. Hood ini direka khas sesuai dengan jubah hitam dan dijadikan pengganti kepada hijab. Ianya tampak ranggi dan trendy.
7. Jubah hitam potongan kebaya
Tidak semestinya potongan kebaya ini harus ketat dan mengikut badan, tetapi fesyen terbaru jubah hitam potongan kebaya ini agak longgar dan besar. Potongan kebaya hanya dilakukan dibahagian butang depan yang mempunyai lipatan. Pada bahagian dalam pula, si pemakai haruslah menyarung inner labuh yang berlainan warna supaya perinciannya lebih menonjol.
8. Jubah hitam berpotongan dress
Jubah hitam potongan dress ini sangat mendapat tempat dikalangan wanita sekarang. Potongan dress labuh ini cukup kontemporari jika dipadankan dengan aksesori yang menarik.
9. Jubah hitam berpotongan kaftan
Setiap pakaian yang berpotongan kaftan pasti menjadi pilihan wanita yang lebih berusia kerana saiznya yang agak besar dan longgar memudahkan pemakainya untuk bergerak. Namun, pada ketika ini jubah hitam berpotongan kaftan juga dipakai oleh golongan muda. Ini adalah kerana jubah hitam ini mempunyai potongan leher yang luas dan bermanik padat. Ia sangat cantik dipakai dan selesa.
10. Jubah hitam berlapis-lapis atau berlayer
Lapisan atau layer ini dijahit dibahagian bawah seperti skirt kembang berlapis. Jubah hitam berlapis ini juga sesuai untuk dipakai kemana sahaja dan tidak terhad kepada sambutan hari perayaan sahaja. Pemilihan jubah hitam bukan tertumpu kepada potongan dan perincian sahaja, tetapi anda perlu menitik beratkan jenis kain atau fabrik yang digunakan.
Jenis-Jenis Material Yang Digunakan
1. Wollpeach
Ia juga sering disebut sebagai kain Arab, kain ini paling digemari karena sifatnya yang sejuk, lembut, ringan dan mudah diseterika, tapi hati-hati jangan terlalu panas kerana kain ini tidak tahan panas.Terdapat pelbagai pilihan warna seperti Coklat Mocca, Ungu Terang, Mustard, Biru Navvy, Merah Marron, Hijau Army, Hitam Paling Pekat atau Hijau Toska.
2. Madona
Kain ini lebih tebal dari Wollpeach dan serat kainnya lebih tebal dan lembut. Pilihan warnanya lebih beraneka iaitu lebih daripada 80 warna bermula daripada warna-warna cerah,natural sehingga warna yang lebih gelap.
3. Dobby
Sifat kain ini sama sahaja dengan wollpeach, hanya permukaanya yang lebih berkilat bermotif garis timbul, seperti kain sutera. Biasanya ia digunakan untuk busana-busana muslim dewasa seperti Ghomis Pakistan dan juga jubah. Pilihan warna adalah seperti warna natural dan gelap dan bercorak kotak-kotak kecil warna kelabu, coklat muda dan biru toska muda.
4. Cotton
Kain ini sejuk, permukaannya seperti berbulu, tidak jatuh, tidak mudah digosok, namun kain ini amat digemari karena ia diperbuat dari 100% cotton dan sangat selesa digunakan untuk kemeja jenis semi Ghomis Pakistan dan juga pelbagai variasi jubah Muslimah bagi dewasa dan kanak-kanak.
5. BSW atau Polino
Kain ini ringan, jatuhan yang cantik, selesa dan mudah digosok. Biasa digunakan untuk jubah Saudi Ikhwan, Mukena Dewasa dan Ghomis Pakistan.
6. Kain PE
Kain ini tidak terlalu tebal, tidak elastik atau anti luntur, sejuk, mudah digosok dan tidak licin permukaannya.
<< Ketahui 8 jenis blouse yang boleh buat anda tampil lebih menawan di sini.
9 Comments
what a great information i like it.
i was finding difficulty last 1 week to search that kind of information. i bookmarked your blog for daily updates. really nice information thanks for share it.
thanks for the compliments…
Thank you and please keep supporting us!
great article hope you will be provide us that kind of information which are unique from others.
keep it up
thanks for the compliments.
Thank you and don’t forget to keep supporting us!
what a quality content. i will tell my brother to visit your blog. Because he search the website for quality content here he can find quality content.
Thanks for share it.
thanks for the compliment. lets see if any area to collaborate.
Most welcome,thank you and please keep supporting us!