6 Cara Melawan Perasaan Menjadi ‘Awek Sunyi’
Kredit :
Kesunyian atau kesepian adalah perkara yang paling menyedihkan. Di saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita, tak ada seorang pun yang sudi menemani.
Anda boleh sahaja menjadi awek sunyi biarpun di tengah keramaian ataupun ketika anda benar-benar sendirian. Kesunyian wujud disebabkan oleh memori perasaan itu.Ini bukan hanya kerana anda bersendirian. Kesunyian adalah perasaan dan semua perasaan dan emosi juga sama, berubah seperti awan di langit! Banyak juga terjadi, di mana seseorang itu berasa sunyi walau kehidupannya nampak sempurna.
Sungguhpun begitu, tidak selamanya saat menjadi awek sunyi itu negatif, adakalanya bersendirian itu lebih baik. Ia membuatkan anda mempunyai waktu untuk lebih mengenali diri sendiri dan menggali potensi yang miliki.Jika anda merasakan diri anda tergolong dalam kategori awek sunyi, jangan susah hati kerana ia adalah fenomena mental dan emosional yang kompleks. Jujur tentang perasan anda adalah cara terbaik untuk mengharungi kehidupan sebagai ‘awek sunyi’.
Berikut adalah beberapa tips sederhana buat awek sunyi bagi mengatasi perasaan sunyi tersebut supaya tidak melarat serta meninggalkan kesan negatif.
- Dengar Muzik Ceria
Sebagai awek sunyi yang benar-benar kesepian, sebaiknya hindari mendengar muzik atau lagu-lagu yang bernada sedih pilu. Lagu-lagu yang bernada sedih akan membuatkan perasaan sunyi anda menjadi bertambah parah. Sebaiknya dengarkan lagu-lagu berentak ceria dengan liriknya yang penuh dengan semangat.Secara tidak langsung, semangat anda yang hilang itu kembali bangkit.
- Cuba Perhatikan Keindahan Alam
Sesungguhnya alam semesta ini menyimpan banyak perkara untuk dilihat dan dinikmati. Alam juga boleh menimbulkan rasa sensasi yang tenang dan damai. Jadi, sebagai awek sunyi, cubalah anda luangkan masa untuk bersiar-siar di taman atau mengunjungi tempat-tempat bersejarah tertentu yang kaya dengan khazanah alam.
Mempunyai haiwan peliharaan ternyata dapat menjauhkan seseorang daripada rasa sunyi. Bermain dengan haiwan peliharaan merupakan salah satu cara untuk awek sunyi mengusir kesepian. Haiwan kesayangan atau peliharaan ini mampu memberikan efek positif dan membawa kembali semangat anda yang mula hilang itu.
- Membaca
Membaca juga boleh menjadi salah satu aktiviti yang tepat untuk awek sunyi mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang penuh bermanfaat. Cubalah luangkan waktu untuk membaca, tak kira apa jenis bukupun asalkan ia boleh menarik minat anda untuk membaca. Percayalah, membaca boleh membuatkan anda berasa seolah-olah berada di ‘dunia’ yang berbeza!
Selain membuat tubuh anda menjadi lebih sihat, bersenam juga dapat membuatkan anda berasa lebih baik dan dapat mencegah stress.Bersenam juga adalah cara tepat untuk awek sunyi menghilangkan rasa sepi. Pilih jenis senaman yang anda sukai dan tidak melampaui kemampuan fizikal anda.
- Bergaul Orang Baru
Bertemu atau bergaul dengan orang-orang baru dapat membantu anda berkongsi kegembiraan dan juga menambah wawasan baru. Cara ini memang berkesan untuk mengusir kesunyian. Jika anda mempunyai masalah dengan teman-teman yang anda miliki sekarang dan berasa tidak selesa untuk berada di samping mereka lagi, carilah kawan-kawan baru. Caranya mudah sahaja, sertai organisasi tertentu, turut serta dalam apa sahaja aktiviti umum yang tidak memudaratkan atau menambah kenalan di media-media sosial.
<< Ketahui 6 tips meningkatkan keyakinan diri di sini.
No Comment