Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian Dengan Lebih Jimat & Murah
Anda pasti akan jatuh cinta pandang pertama setelah menjejakkan kaki di Pulau Perhentian.Betapa indahnya alam ciptaan Tuhan dan ia sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Pulau Perhentian terletak 21 kilometer dari Pantai Terengganu, dan ia terdiri daripada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Persekitaran yang dikelilingi oleh hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian telah menjadi kawasan perlindungan untuk para nelayan serta bagi burung yang berhijrah.
Buat pengetahuan semua, Pulau Perhentian terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang yang merupakan kawasan terumbu karang yang cukup indah. Sebelum memulakan percutian,apa kata jika anda merancang dahulu jadual percutian anda. Sudah tentu anda dapat berjimat cermat walaupun sedang bercuti.
Jom semak tips berjimat cermat menggunakan pakej percutian Pulau Perhentian cara WOM.my
Pakej Percutian Pulau Perhentian Untuk Penginapan
- Jika anda mempunyai saudara mara yang tinggal berdekatan dengan Pulau Perhentian, anda bolehlah bermalam di rumah mereka secara percuma.
- Mencari pakej percutian Pulau Perhentian di dalam talian (online) untuk mendapatkan perkhidmatan diskaun bagi bilik hotel yang lebih murah.
- Usah membazir untuk bermalam di hotel 5 Bintang, pertimbangkan pilihan yang lebih murah seperti di hotel 2 bintang atau 3 bintang.
- Kebanyakan pakej percutian Pulau Perhentian yang ditawarkan oleh chalet dan resort disini adalah sekitar RM300 untuk pakej 3 hari 2 malam, manakala RM200 untuk pakej 2 hari 1 malam. Pakej percutian Pulau Perhentian ini selalunya merangkumi pengangkutan bot pergi dan balik, makan dan minum sepanjang aktiviti, penginapan dan satu trip snorkeling dengan menggunakan bot di sekitar Pulau Perhentian sahaja.
- Bayaran yang dikenakan untuk bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain adalah di antara RM10 hingga RM30.
Pakej Percutian Pulau Perhentian Untuk Makanan
- Anda boleh membawa bekalan makanan dan minuman yang boleh dimakan ketika di dalam perjalanan untuk ke sana.
- Makan di restoran yang murah dan yang paling penting ia bersih.
- Jika bilik hotel anda mempunyai perkakas untuk memasak, anda bolehlah memasak untuk menjimatkan pengeluaran wang.
Pakej Percutian Pulau Perhentian Untuk Pengangkutan
- Memandu sendiri adalah lebih ekonomi bagi anda yang sudah berkeluarga.
- Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang, tempahlah tiket lebih awal ketika musim promosi.
- Jika anda menaiki bas ekspres, anda boleh memilih untuk mengambil perjalanan terus ke Kota Bahru. Kuala Besut terletak hanya kira-kira 45 minit daripada bandar tersebut. Dari stesen bas Kota Bahru, anda boleh mengambil teksi untuk ke Kuala Besut dan caj yang dikenakan adalah di antara RM35 hingga RM65.
- Ketika menaiki bot dari Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Anda boleh membuat tempahan tiket secara terus di kaunter tempahan tiket bot yang terletak di bahagian depan jeti. Caj untuk tiket bot pula berharga RM40 bagi dewasa dan bagi kanak-kanak pula dikenakan separuh harga sahaja.
Pakej Percutian Pulau Perhentian Untuk Membeli Belah
- Utamakan percutian dan bukannya membeli belah.
- Cuba lakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang murah.
- Semak harga sebelum membuat bayaran.
Pakej Percutian Pulau Perhentian Untuk Rekreasi
- Para pelancong dikehendaki membayar sebanyak RM 5 untuk memasuki Taman Laut di sini.
Tips Ekstra!
- Berjalan kaki ialah salah satu cara untuk berjimat cermat selain anda dapat meninjau sesuatu tempat dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
- Jangan bercuti pada waktu kemuncak kerana harga akan menjadi mahal.
Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Pulau Perhentian
- Taman Laut Redang di Pulau Redang yang terkenal dengan baby shark dan penyu yang jinak.
- Snorkeling di Pulau Rawa
- Long Beach Pulau Perhentian
- D’Lagoon Chalet
Percutian atau melancong merupakan suatu aktiviti yang membolehkan anda untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Lakukan perancangan awal agar tidak berlaku pembaziran dan bagi memastikan percutian anda berjalan lancar dan lebih bermakna.
Kredit foto:sekadar gambar hiasan
<< Ketahui tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh anda kunjungi di sini.
No Comment