5 Tips Pilih Beg Tangan Yang Sesuai Dengan Diri Anda
Kredit Foto: lerablog
Beg Tangan.Dunia fesyen tidak tertumpu pada pakaian sahaja. Beg tangan wanita juga turut mengalami perubahan mode.
Terlalu banyak rekaan beg tangan wanita di pasaran. Rambang mata memilihnya. Semuanya cantik dan menarik. Sebagai pembeli anda harus bijak dan pandai memilih beg tangan yang pratikal dan sesuai dengan diri anda supaya tidak membazir wang.
Berikut beberapa tips memilih beg tangan yang sesuai dengan penampilan anda sehingga gaya fesyen anda kelihatan lebih sempurna.
1. Pertimbangkan Kapasiti Barang
Sebelum membeli atau memilih beg tangan yang hendak digayakan, sebaiknya disesuaikan dengan segala barang yang akan dibawa atau diisikannya nanti. Pastikan semua barang tersebut muat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan tersebut. Jika sekadar hanya untuk diisi dompet, telefon bimbit dan lipstick, tak perlulah anda memilih beg tangan yang bersaiz besar atau terlalu lebar. Jika anda seorang wanita atau gadis yang dinamik, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana dan tidak perlu banyak poket untuk menyimpan barang.
Baca Juga: Tips Bergaya Buat Wanita Gemuk
2. Sesuaikan Dengan Bentuk Atau Saiz Tubuh Anda
Bentuk tubuh dan bentuk beg tangan saling mempengaruhi. Jika anda bertubuh genit,sebaiknya pilih beg tangan bersaiz kecil dan tidak mempunyai banyak aksesori. Manakala anda yang bertubuh ramping, disarankan memilih beg tangan jenis ‘hobo’, floopy besar’ ataupun ‘drawstring style’. Bagi anda yang bertubuh besar atau montel, pilihlah beg tangan jenis ‘massenger bag style’ dan ‘shopper tote’.
3. Pastikan Kualiti Beg Tangan
Beg tangan yang bagus adalah beg tangan yang tahan lama. Ketika membeli beg tangan, pastikan anda telah melihat kualiti jahitannya. Jahitan yang kuat boleh dilihat daripada bentuk jahitan yang lurus dan tidak kelihatan ada benang-benang yang longgar. Periksa juga kelancaran zip dan sebagainya, cubalah untuk membuka dan menutupnya.
Tidak ada salahnya jika anda cuba gayakan seketika beg tangan tersebut. Cuba pakai dan berdiri di depan cermin. Tengok, adakah ia sesuai dengan tubuh anda ataupun tidak. Selain itu, rasa tekstur beg tangan, adakah ia juga sesuai buat anda. Fikirkan juga tentang penggayaan beg tangan tersebut dengan koleksi pakaian yang akan kenakan nanti. Pastikan anda tidak salah dalam membuat pilihan!
Baca Juga: Tips Bergaya Buat Wanita Berpunggung Besar
5. Merawat Beg Tangan
Merawat beg tangan perlu dilakukan dengan rutin dan berhati-hati. Ini adalah kerana supaya warna beg tersebut tetap ‘maintain’ bertahan dan tidak rosak. Jika beg tangan tersebut berkulat, bersihkan ia dengan menggunakan kain basah yang lembut dan jemur seketika di bawah cahaya matahari. Ketika menyimpan beg tangan tersebut, sebaiknya di sembur di dalamnya dengan sedikit minyak wangi agar tidak berbau hapak.
Jika anda ingin membersihkannya, sebaiknya cuci secara manual. Jangan gunakan mesin basuh kerana ia akan merosakkan bentuk beg tangan dan warnanya juga akan menjadi cepat pudar.
Info Ekstra
Jenis-Jenis Beg Tangan
- Cigar Box : Beg tangan berbentuk kotak dan agak keras.
- Clutch: Beg tangan berbentuk geometris, sederhana besar.
- Satchel: Beg tangan yang bersaiz besar.
- Baguette: Beg tangan berbentuk bulat dan agak besar memanjang.
- Pouch: Beg tangan kecil, ringan dan lembut.
- Box Shaped: Beg tangan besar yang dapat memuatkan banyak barang. Bentuknya tebal seperti beg doktor.
Nota Kaki: Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan jangan lupa SHARE dengan kawan-kawan anda.
<< Anda gemar bergaya dengan skirt labuh? Dapatkan info selanjutnya di sini.
No Comment