Singkap Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami Anda
Kredit : media-cache
Adakah suami anda seorang yang romantik? Suka sangat memeluk anda. Alangkah beruntungnya jika anda mempunyai suami yang kekal romantik walaupun sudah bertahun melayari kehidupan berumahtangga.
Tahukah anda di sebalik cara pelukannya itu,tersembunyi rahsia personaliti mereka yang mungkin selama ini tidak anda ketahui. Jom, singkap rahsia di sebalik pelukan sang suami!
1. Suka Merangkul
Pelukan suami daripada jenis suka merangkul dikatakan kurang sensitif.Walaupun pada hakikatnya, suami anda sebenarnya cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Tiapkali anda dilanda kesusahan atau ditimpa masalah, suami jenis ini dikatakan sanggup melakukan apa saja untuk membantu insan yang disayanginya.
2. Gemar Mendakap
Suami yang gemar memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan dia seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu saja, dia juga akan sentiasa menyokong apa saja yang anda buat, selagi terbaik untuk diri anda. Suami yang sebegini pasti akan membuatkan separuh daripada masalah anda hilang ketika meluahkan perasaan.Pelukan suami anda yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah sesuatu yang selalu anda harapan dalam kehidupan berumahtangga.
3. Pelukan Suami Dengan Tangannya Yang Terbuka
Suami yang gemar dengan stail pelukan begini adalah suami yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih teman, dia juga cepat rapat dengan semua orang walaupun baru saja berkenalan. Bukan itu sahaja, orang lain menyenangi kehadiran suami anda.
4. Menempelkan Kepala
Suami yang suka memberikan pelukan sebegini adalah seorang yang tegas dan mempunyai sifat seorang pemimpin. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-boleh mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah mempercayainya untuk jadi seorang pemimpin.
5. Menempelkan Pipi
Suami dengan gaya pelukan ini boleh anda jadikan sahabat karib dan juga pendengar setia.Bila-bila masa saja anda perlukan, sang suami akan sentiasa ada di sisi. Luahlah apa sahaja, si dia takkan pernah jemu mendengarnya. Selain itu, si dia turut memberikan nasihat serta saranan terbaik bagi memastikan anda sentiasa gembira dan bersemangat. Sebenarnya ramai para isteri yang mahukan pelukan jenis ini, kerana ia cukup menyenangkan dan menenangkan hati.
>> Ketahui rahsia di sebalik tahi lalat si dia di sini.
No Comment