Jom, Melawat Tempat-Tempat Menarik Di Vietnam
Foto: zoolut
Anda merancang untuk melancong ke Vietnam? Pastinya anda membayangkan Kota Ho Chi Minh yang penuh dengan tarikan dan sejarahnya yang tersendiri. Bagi “kaki shopping” di sinilah tempatnya. Terkenal dengan kain cotton dan telekung, Ho Cho Minh ini sangat terkenal bagi peniaga dari Malaysia.
Bila anda tiba disana, kiri kanan anda pastinya dipenuhi kedai-kedai kain cotton yang cantik dan murah! Rambang mata dibuatnya! Apa lagi yang terdapat di Ho Chi Minh, Vietnam ini? Jom baca apa yang telah WOM.my senaraikannya.
Tempat Menarik di Ho Chi Minh, Vietnam
- Ben Thanh Market
Pasar paling terkenal di Ho Chi Minh ini menjual kain cotton, kain lace, sutera Vietnam, baju balus, tshirt, kemeja lelaki dan wanita, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir dan macam-macam lagi. Anda boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yang bersesuaian. Jika anda berkunjung ke sini, kami cadangkan anda pergi pada waktu malam. Ini kerana harganya lebih murah berbanding siang hari.
- Malaysian Street
Di sini juga banyak menjual telekung,T-tshirt Vietnam, kain cotton, baju kurung siap, jubah dan macam-macam lagilah. Makanan halal juga banyak di sini. Kenapa dipanggil Malaysian Street? D isini anda akan berjumpa dengan ramai orang dari Malaysia! Jadi, bagi wanita yang bimbang tentang keselamatan ketika bershopping, tempat ini selamat untuk anda.
- Pasar Binh Tay
Jika anda ingin memborong kain dan barangan lain untuk dibawa pulang, singgalah ke pasar borong Vietnam yang dikenali sebagai pasar Binh Tay di Daerah 6 ini. Peniaga borong di sini kebanyakannya tidak akan melayan sebarang tawar menawar atau pembelian peribadi secara kecil. Bukan apa, sasaran mereka bukan pelancong, tetapi peniaga pukal. Bahkan harga barangan mereka punjauh lebih murah dari Pasar Ben Tanh.
- Saigon Plaza
Barangan di Saigon Square ini adalah yang branded dan berkualiti. Jangan risau, jika bijak, anda boleh tawar-menawar.
Hanya 10 minit dari Ben Thanh, pertunjukan seni budaya tradisi masyarakat Vietnam yang bermula di delta sungai Merah ini hampir sama dengan persembahan boneka di negara lain. Apa yang uniknya ialah boneka-boneka kayu ini dimainkan di atas air. Pasti anda tertanya bagaimana boneka itu boleh bermain di atas air bukan? Pergilah saksikannya sendiri.
Harga Tiket
USD 7.50 (RM 27.00)
Waktu Operasi
- Setiap Hari: 5 petang, 6:30 petang & 7:45 malam
- Muzium Fine Arts
Tidak jauh dari pasar Ben Thanh, muzium ini menempatkan koleksi lukisan-lukisan di dalam sebuah bangunan kolonial indah yang tidak terjaga. Bangunan yang agak usang ini mempunyai pelbagai koleksi lukisan dan potret yang memaparkan spektrum seni Vietnam dari dulu hingga kini. Campuran lukisan amatur dan arca, anda pasti menghayati seni Fine Arts Vietnam yang rata-ratanya diinspirasikan dari zaman perang.
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad: 9pagi – 5 petang
- Muzium Tinggalan Perang
Di muzium yang penuh kontroversi ini, anda bakal melihat tinggalan perang dan kekejaman tentera penceroboh Amerika ke atas warga Vietnam. Dianggap oleh Barat sebagai berat sebelah kerana hanya memaparkan kekejaman tentera penceroboh, muzium berbaur anti-Amerika ini juga mempunyai 3 balang fetus bayi yang cacat, kesan senjata kimia Agent Orange milik Amerika.
Muzium ini merakam kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh warganya semasa perang Vietnam.
Tips Pengunjung
- Jika anda ada anak kecil, ia mungkin kurang sesuai untuk mereka.
- Jangan lupa melihat replika penjara yang digelar “Kandang Harimau” untuk tahanan politik.
- Muzium ini kerap penuh pada waktu petang. Jadi datang awal jika tidak mahu bersesak.
Waktu Operasi
- Setiap Hari: 7:30 pg – 5 ptg
- Kaunter tiket ditutup sewaktu tengahari : 12 tgh hari – 1:30 petang
Harga Tiket
- VND 15000 (RM3)
- Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma
<< Ketahui 10 tempat menarik di Jakarta yang wajar anda kunjungi di sini.
No Comment