Gaya HidupMotivasi

4 Penyebab Kosentrasi Kerja Anda Menurun

cara tingkatkan kosentrasi - women online magazine

Kredit Foto: i2.mirror

Kosentrasi.Anda pernah hilang kosentrasi atau tumpuan dalam bekerja?

Kurang konsentrasi atau kurang fokus pada kerja boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk anda yang terlalu sibuk ataupun pura-pura sibuk dalam bekerja.Situasi ini boleh menganggu aktiviti seharian anda sehingga membuatkan anda menjadi stress! Apapun aktiviti yang anda lakukan, sama ada bekerja, belajar dan sebagainya tetap memerlukan fokus dan konsentrasi yang baik.

Tujuannya adalah supaya anda boleh mendapatkan produktiviti semaksimum daripada aktiviti yang sedang anda lakukan.Ketika konsentrasi anda mula menurun, anda harus bertindak lebih bijak dan mencari cara untuk meningkatkan kembali kosentrasi anda itu.

Namun, sebelum anda berusaha untuk mengatasi, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu apakah punca  yang menyebabkan konsentrasi anda mula menurun.

 

Antara Penyebab Konsentrasi Menurun:

1. Kurang Nutrisi

Menurunnya konsentrasi boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin dan hormone pada tubuh. Vitamin yang memainkan peranan dalam peningkatan kosentarasi adalah vitamin B12, manakala hormon utama pula adalah hormon tiroid. Kekurangan hormone tiroid memperlambatkan metabolisme dan mengurangkan aliran darah  dan pelbgaai fungsi sel di otak.

 

2. Menjelang Menopause

Wanita yang mengalami menopause mengalami gangguan daya ingat an dan kemampuan belajar boleh terjadi pada tahap awal dan akhir sebelum menopause. Menurunnya hormon estrogen pada masa menopause dikatakan menjadi penyebab hilangnya  konsentrasi seseorang.

 

3. Pola Makan Yang Tidak Sihat

Apa yang anda makan boleh memberikan impak yang besar kepada kesihatan mental dan juga peningkatan kosentrasi anda. Makanan yang tidak sihat seperti tinggi kalori, gula, garam boleh meningkatkan pelbagai penyakit kesihatan. Diet tinggi protein dan Omega-3 amat digalakkan untuk membantu meningkatkan gerak kerja serta fungsi otak anda.

 

4. Kurang Bersenam

Sekalipun anda sibuk, sebaiknya anda tetap luangkan waktu untuk bersenam, antara 20-30 minit pada setiap hari. Ia akan membantu melancarkan perjalanan darah, meningkatkan gerak kerja jantung dan melatih seluruh organ tubuh anda untuk tetap aktif bergerak. Orang yang rajin bersenam dikatakan lebih lena tidur dan kosentrasi kerja/belajarnya juga jauh lebih baik daripada mereka yang langsung tidak bersenam.

 

Ekstra Tips!

6 Cara Tingkatkan Konsentrasi Yang Perlu Anda Tahu: 

 

1. Bersarapan

Perkara pertama dan paling penting untuk meningkatkan konsentrasi ketika bekerja dan belajar adalah sarapan pagi!

 

2. Minum Kopi

Minum kopi! Ini adalah cara paling mudah yang disukai ramai orang untuk meningkatkan konsentrasi ketika belajar atau bekerja. Kopi mengandungi kafein, yang mengandungi  zat yang mampu merangsang bahagian otak (cerebral cortex) yang mengatur peningkatan konsentrasi dan sikap berhati-hati seseorang. Selain itu, kafein juga dikatakan dapat memperbaiki suasana mood seseorang serta menurunkan rasa cemas dan panik.

 

3. Makan Lobak

Sayuran segar berwarna oren ini memiliki luteolin. Fungsinya adalah mengurangi peradangan otak dan membantu mengurangi penurunan memori yang berkaitan dengan usia. Sebagai zat yang efektif untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingat, luteolin juga boleh didapati pada paprika(capsicum) dan seledri.

 

Baca Juga: Khasiat Lobak Merah

 

4. Meditasi

Ini adalah cara konvensional yang telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu bagi meredakan stress mahupun meningkatkan konsentrasi otak. Di celah kesibukan anda, cubalah berhenti sejenak. Tarik nafas dalam-dalam dari hidung. Bayangkan anda sedang berada di persisiran pantai dengan hembusan angin yang lembut, kicauan burung, diiringi deruan ombak yang menyapu pasir. Hembuskan napas daripada mulut bersama segala kepenatan, stress dan permasalahan yang anda rasakan pada saat ini.  Lakukan meditasi selama 5 minit maka otak anda akan kembali segar dan lebih fokus pada pekerjaan/pelajaran.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Anda masih solo dan sering sakit-sakit ataupun tidak sihat? Kena kahwin cepat nie! Klik link ini untuk mengetahui jawapannya..

Previous post

Cara Paling Berkesan Atasi Keputihan

Next post

6 Kebaikan Mandi Air Panas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *