Gaya HidupMotivasi

4 Tips Kawal Marah Dengan Mudah

Tips Kawal Marah-Women Online Magazine

Kredit Foto:rawstory

Kawal Marah.Pasti semua orang pernah didatangi rasa marah. Tapi, kalau dalam bulan puasa ini cubalah kawal marah anda tu ya!

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali cara kita mengawal kemarahan itu dengan betul tanpa emosional.

Janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan remeh.

 

4 Tips Kawal Marah Dengan Mudah 

1. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah.

Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

 

2. Bayangkan Apa Sahaja Perkara Yang Boleh Buat Anda Tersenyum

Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya.

Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda. Contohnya kenangan manis bersama dengan rakan, keluarga atau anak anda. Sebagai contoh, anda boleh membayangkan anda pergi bercuti di langkawi  yang mana merupakan satu kenangan manis dalam hidup anda.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Stress

 

3. Fikirkan Akibat Atau Efeknya Jika Anda Marah 

Tindakan anda melepaskan kemarahan boleh meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

Ini kerana jika kita berada dalam keadaan yang amat marah segalanya boleh terjadi,contohnya pergaduhan, perpisahan dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kita tidak akan disukai oleh orang di sekeliling kita.

 

Baca Juga: Cara Tundukkan Lelaki Panas Baran

 

4. Cuba Bayangkan Diri Anda Sebagai Diri Orang Yang Sedang Anda Marahi 

Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

Segalanya berlaku mesti ada sebabnya, selalunya sikap terburu buru ini adalah salah satu punca utamanya penyebabnya kemarahan berlaku.

 

Baca Juga: Tips Kawal Marah Bila Anak Degil

 

5. Jom, Ambil Air Sembahyang!

Selain itu, mereka yang sedang marah boleh memadamkan kemarahannya dengan mengambil air sembahyang. Antara kelebihan berwudhu, ialah membersihkan diri daripada kekotoran hati dan secara fizikalnya menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Sabda Rasullullah s.a.w: ‘jika seseorang antara kamu marah sedang dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang marahnya, maka hendaklah dia baring’. (HADIS RIWAYAT Imam Ahmad).

Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan prinsip dan ideologi kita sendiri. Ikutilah tip mudah di atas supaya anda dapat mengecapi kebahagia dalam hidup.

 

Nota Kaki: SHARE artikel yang sangat berguna ini dengan kawan-kawan anda.

<< Kenali penyakit kemurungan di post yang seterusnya di sini.

Previous post

1001 Kebaikan Kurma Di Bulan Ramadan

Next post

7 Punca Sakit Belakang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my