Tidak disangkal lagi generasi hari ini lebih gemar mendapatkan maklumat melalui Carian Google atau di carian enjin yang lain. Namun, sebelum kecanggihan dunia internet, pencetus informasi di hujung jari kita sering membeli atau meminjam buku-buku ataupun majalah yang ingin kita baca. Tetapi, sekarang tidak lagi. Kita boleh memilikinya dengan mudah serta secara percuma!

Jadi, adakah majalah versi cetak masih relevan sedangkan generasi kita hari ini sudah terbiasa membaca secara online mahupun digital melalui internet?

Di sinilah tercetusnya idea untuk menubuhkan Women Online Magazine (WOM). Dengan adanya WOM, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk membeli majalah. Hanya dengan mengaksesnya, anda boleh memperoleh dan membaca pelbagai informasi menarik dengan sekelip mata.

Apa yang penting, anda mendapat manfaat daripada WOM. Ia bukan sekadar merangkumi pelbagai tips berguna, bahkan pelbagai isu yang menyentuh kehidupan turut dipaparkan sekaligus menambah pengetahuan serta sumber inspirasi untuk semua.

Wujudnya WOM ( Women Online Magazine) adalah untuk dijadikan sebagai:

1) Pusat rujukan utama online wanita Malaysia.

2) Media alternatif untuk pengguna internet terutamanya golongan wanita.

3) Rujukan ilmu, tips dan trend yang diperoleh berdasarkan kajian.

4) Perkongsian maklumat tentang dunia wanita turut disediakan oleh kumpulan penulis yang berpengalaman dalam industri kewanitaan.

Dengan wujudnya WOM, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membeli majalah tertentu lagi. WOM adalah majalah terbaik buat seluruh wanita Malaysia.

Pelbagai informasi menarik serta berguna dan paling praktikal, WOM boleh dibaca di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda cuma perlu klik WOM.MY dan ia tak ubah seperti sebuah majalah offline kerana ia boleh diakses melalui penggunaan smartphone.

Maklumat yang kami kongsi di WOM.MY ini kami peroleh berdasarkan kajian rapi daripada penulis-penulis artikel yang mempunyai pengalaman dalam mencari maklumat sahih dan efektif untuk bacaan semua.

Perkongsian ini juga membuatkan kami meletakkan harapan yang tinggi ke atas WOM.MY agar semua pembaca mendapat manfaat daripada WOM. Tambahan pula, WOM sememangnya dicipta khas untuk para wanita yang inginkan kemajuan serta sentiasa mahu mengikuti arus perkembangan zaman.

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal barulah kita tahu kehebatan WOM! Tanpa pembaca online semua, siapalah kami. Sokongan anda semua amatlah kami hargai. Semoga WOM terus bersinar menemani setiap perjalanan hidup seluruh wanita Malaysia di internet, sehingga berjaya dijadikan rujukan No: 1 dengan kepelbagaian informasi yang jujur, jelas, efektif serta efisien. Bersama WOM segala info boleh dilayari dengan pantas dan mudah.

Terima kasih di atas sokongan dan teruskan mengikuti perkongsian kami di WOM. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di support@wom.my

<< Dapatkan Berita Terkini dari Women Online Magazine ( WOM ) di sini.

Ikhlas daripada kami:

women online magazine

Anda Juga boleh layari laman kategori kami di | Kecantikan | Kesihatan | Gaya Hidup | Keluarga | Saji | Berita Terkini | Kata-Kata Motivasi |