CantikKewanitaanSihat

Ketahui Punca Sebenar Haid Anda Lambat

punca haid lambat datang - women online magazine

Kredit Foto: resultstreet

Punca Haid Lambat. Jangan panik kalau lambat datang haid. Ada beberapa punca haid lambat yang perlu anda ketahui.

Anda tentu risau jika kedatangan haid lewat berbulan-bulan, sedangkan anda sering menyemak dan menanda tarikh-tarikh yang sepatutnya datang haid.

Pelbagai persoalan mula bermain di minda, kerisauan pun jadi memucak. Apa yang tak kena dengan nie? Bahaya ke? Aduh, risaunya!

Relaks dan bertenang. Sementara itu, jom kita lihat apakah punca yang menyebabkan haid anda lambat dan tidak menepati tarikh yang sepatutnya.

 

Punca Sebenar Haid Anda Datang Lambat. Antaranya:

1. Tekanan yang dialami oleh anda disebabkan kerja atau emosi.

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid anda. Bila anda dalam keadaan tertekan,badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

 

2. Pengambilan ubat-ubatan atau jamu.

Mungkin baru-baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Tahukah anda, jamu menjadi panas di dalam badan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh seseorang mungkin menjadi faktor haid anda lambat.

 

3.Kegemukan yang dialami oleh anda.

Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen.

Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

 

4. Badan anda terlalu kurus.

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlet dan penari balet.Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

 

Baca Juga: Cara Menggemukkan Badan

 

5. Masalah kesihatan yang dialami oleh anda.

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid.

 

6. Tersilap kira tarikh haid anda.

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Walaubagaimana pun jika keadaan ini berlarutan, memakan masa berbulan-bulan, sebaiknya  anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengenal pasti  punca sebenar mengapa haid anda lewat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Betulker ada kesan buruk memakai korset ni ? jom ketahuinya di sini.

Previous post

4 Tips Penting Putihkan Ketiak Hitam

Next post

4 Bahaya Efek Bulu Kucing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *