Bahaya Menanti Kehamilan Di luar Rahim
Foto: Sekadar Hiasan
Kehamilan Luar Rahim.Tahukah anda mengenai kehamilan luar rahim ? teruskan pembacaan anda di sini..
Kehamilan luar rahim juga dkenali sebagai ‘ectopic pregnancy’ dalam istilah Inggeris. Ia terjadi apabila telur tersenyawa implantasi di luar rahim. Kebanyakkan kehamilan luar rahim (95%) berlaku di tiup fallopio. Lokasi yang jarang berlaku termasuk di serviks, ovari atau dalam abdomen.
Kehamilan luar rahim tidak dapat bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim yang boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika kehamilan luar rahim pecah di tiub fallopian, ia akan mengancam nyawa ibu akibat pendarahan dalam abdomen.
Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptomnya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.
Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim ialah:
- Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut
- Sakit bawah perut
Sakit di bahagian bawah perut merupakan tanda awal kehamilan. Sakit ini terjadi pada salah satu tempat perut atau daerah pinggul. Ini adalah simptom yang biasa, jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki hamil, anda harus berjumpa doktor.
Jika kehamilan luar rahim anda tidak dapat dikenal pasti oleh doktor dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
- Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
- Berpeluh, rasa seperti ingin pitam, cirit birit atau terdapat darah dalam najis.
- Tidak sedarkan diri akibat pendarah dalaman yang teruk.
- Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu menganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk)
Baca Juga: Sakit Perut Tanda Hamil
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
- pembedahan ini lebih cepat.
- kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini.
- anda tidak perlu tinggal lama di hospital.
- kurang ubat penahan sakit diperlukan.
Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.
Baca Juga: Main Masa Mengandung
Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:
- tahap kerosakan tiub tersebut.
- tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi.
- keinginan anda untuk hamil lagi.
Kesimpulan dari hasil pembacaan tentang kehamilan luar rahim ini, mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk jika ia dikesan awal oleh doktor. Di harap kepada wanita yang di luar sana jika mengalami tanda-tanda di atas segeralah mendapatkan nasihat doktor. “Mencegah adalah lebih baik”.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.
<< Jom baca mengenai faktor keguguran ketika hamil di sini..
No Comment