Pastikan Anda Tetap Cantik & Bergaya Ketika Bercuti
Kredit : photoshelter
Tidak perlu membawa semua peralatan mekap ketika sedang bercuti – cukup dengan set asas sahaja.Ketika anda menghabiskan cuti-cuti Malaysia, ada baiknya anda tidak memakai mekap tebal, kerana bercuti adalah keadaan yang santai.
Anda disarankan membawa peralatan mekap yang wajib sahaja. Semak!
1. Sun Block
Perlindungan kulit daripada sinar UV A dan UV B harus anda lakukan setiap saat, termasuk tatkala anda menghabiskan waktu untuk cuti-cuti Malaysia. Bukan hanya bercuti di tepi laut, tetapi juga ke tempat lain. Maklumlah, cuaca kan panas.
Pelembab wajah sangat diperlukan jika anda pergi ke tempat cuti-cuti Malaysia yang sejuk macam Genting Highlands atau Cameron Highlands. Biasanya kulit akan mengalami kekeringan kerana udara yang sangat dingin.
Bibir kering dan pecah-pecah akan kerap berlaku lebih lagi kalau anda kurang minum air. Jadi sebab itulah pelembab bibir diperlukan. Lebih bagus lagi jika pelembab bibir yang dipakai mengandungi perlindungan terhadap sinar UV A dan UV B.
4. Body Lotion
Tak jadi masalah memakai body lotion yang khusus pada malam hari. Jika anda menginap di hotel, udara pendingin hawa akan membuat kulit cepat kering. Dengan memakai body lotion, kulit tetap lembab walaupun ketika bangun tidur.
5. Deodorant
Bau badan ketika anda cuti-cuti Malaysia dan travel adalah masalah yang paling dibimbangkan. Sia-sia saja senyuman anda manis tetapi bau badan masam . Selalulah bawa benda penting yang satu ini. Wajib ya.
6. Kertas Minyak
Kalau dah bercuti, mestilah nak ambil gambar. Bukankah lebih elok jika wajah anda bebas minyak ketika kamera di ‘snap’ ke muka? Minyak berlebihan sememangnya mencacatkan keindahan gambar tersebut.
7. Ubat Jerawat
Jerawat boleh datang tak tentu masa. Daripada bingung mencari kedai kosmetik atau farmasi, lebih baik membawa sendiri ubat jerawat yang sering anda pakai.
8. Bedak, Lipstik, Maskara
Jangan lupakan lagi tiga barangan penting ini! Siapa tahu anda bertemu kawan lama dan mengajak makan malam bersama, bolehlah tampil comel sikit. Pilih warna lipstik yang nude atau natural. Jika kening anda tipis, jangan lupa membawa pensil kening.
<< Ketahui kebaikan jus lemon untuk kecantikan kulit anda di sini.
No Comment