CantikRambut

Buat Sendiri: Masker Rambut, Mampu Suburkan Rambut Rosak Secara Semulajadi

Manfaat Masker Rambut - Women Online Magazine

Foto: polishedandprimed

Berhadapan dengan masalah rambut yang semakin  menipis dan lama kelamaan menjadi botak menjadi kerisauan ramai wanita.Sebenarnya permasalahan ini boleh segera kita atasi dengan cara semulajadi jika dilakukan dengan pantas.

Salah satu cara menyuburkan rambut rosak secara semulajadi adalah dengan manfaat masker rambut. Sapukan masker pada rambut dengan bahan-bahan yang dapat mengatasi masalah kerosakan. Untuk bajet jimat, anda boleh melakukan sendiri masker rambut ini sendiri di rumah.Selain mengatasi masalah rambut rosak, manfaat masker rambut ini mampu menormalkan rambut yang rosak, mengatasi rambut kering dan kasar serta membersihkan dan melembabkan rambut.

Berikut ini adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh anda miliki dari manfaat masker rambut untuk mengatasi kerosakan tersebut.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Kelapa

Kelapa mengandungi banyak protein, lemak dan mineral yang baik untuk melembutkan, membantu pertumbahan rambut dan mengurangi rambut patah.

Cara untuk membuat masker rambut semulajadi dari kelapa adalah dengan meramas isi kelapa untuk mendapatkan santannya. Setelah dicampur dengan sedikit air, sapukan ke rambut sehingga ke kulit kepala. Biarkan semalaman dengan rambut ditutup dengan shower cap, kemudian bilaslah dengan air pada keesokan paginya.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Minyak Zaitun

Ambil minyak zaitun sebanyak satu sudu makan.Sapukan secara merata pada rambut dan kulit kepala sambil mengurutnya dengan lembut selama dua hingga tiga minit. Setelah itu, cuci rambut seperti biasa hingga tidak ada minyak yang tertinggal pada rambut dan biarkan rambut mengering secara semulajadi.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Telur

Telur sangat kaya dengan sulfur, protein dan mineral. Masker semulajadi dari telur sangat efektif apabila dicampur dengan minyak zaitun (olive oil) kerana ia dapat membantu kembali pertumbuhan rambut.

Cara untuk membuat masker rambut dari telur, ambil sebiji telur dan gunakan putih telurnya sahaja.Campur dengan satu sudu teh minyak zaitun, kemudian kacau hingga kental. Setelah itu sapukan pada kepala dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air dan syampu.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Lidah Buaya

Lidah buaya sangat bagus untuk mencegah rambut rosak, kulit kepala yang teriritasi dan kering.Cara membuat masker rambut dari lidah buaya adalah dengan menggunakan isi lidah buaya dan sapukan terus pada kulit kepala. Biarkan selama beberapa jam, kemudian bilas dengan menggunakan air panas suam.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Buah-Buahan

Buah-buahan boleh digunakan sebagai masker rambut kerana mempunyai kandungan antioksidan dan asid sitrat yang tinggi dan berkhasiat untuk merangsang pertumbuhan rambut baru sehingga rambut menjadi lebih tebal. Selain itu, kandungan antioksidan juga bermanfaat untuk mencegah rambut dari kerosakan.

Untuk membuat masker rambut dari buah-buahan, anda Cuma perlukan ½ biji pisang masak, ½ potong buah tembikai masak, dan ½ buah avokado masak. Campur semua bahan dan kisar hingga halus, kemudian tambahkan satu sudu makan ‘plain yoghurt’ atau yoghurt tanpa rasa. Gaul hingga merata kemudian sapukan pada rambut, kemudian biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas rambut hingga bersih dengan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Teh Hijau

Teh hijau banyak mengandungi antioksidan yang dapat mencegah rambut rosak dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Cara untuk membuat masker rambut dari teh hijau adalah dengan meletakkan satu uncang teh hijau pada secawan air panas.Kemudian biarkan sehingga ia tidak terlalu panas dan sapukan pada kulit kepala beberapa saat, dan barulah dibilas.

Manfaat Masker Rambut Menggunakan Bawang Merah Dan Bawang Putih

Bawang merah dan putih ternyata sangat kaya dengan sulfur yang dapat membantu pengeluaran kolagen yang dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.

Cara membuat masker dari bawang merah adalah dengan meghiris kecil-kecil dan diramas sehingga keluar sarinya. Sapukan pada kepala, kemudian bilas dengan syampu serta air bersih.

Manakala cara membuat masker dari bawang putih adalah dengan menghancurkan beberapa ulas bawang putih dan campur dengan minyak kelapa yang sudah direbus.Sapukan pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan, kemudian barulah dibilas dengan air dan syampu. Lakukan selama 2 hingga 3 kali dalam seminggu untuk hasil yang lebih sempurna.

<< Ketahui 8 jenis makanan yang boleh mencegah uban di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Pantang Larang Pemakanan Buat Ibu Hamil

Next post

Kenali Penyebab & Tanda-Tanda Anda Telah Terkena Kanser Lidah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *