CantikDiet

Mesti Baca! Cara-Cara Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa

cara nak kurus - wom.my

Kredit Foto : data3

Cara-Cara Nak Kurus. Bulan puasa adalah waktu terbaik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Jom,cuba praktik cara-cara nak kurus yang telah WOM.my sediakan ini.

Berikut Cara-Cara Nak Kurus Yang Boleh Anda Cuba:

  1. Tetap Kena Banyak Minum Air Putih

Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air putih 8 gelas setiap hari. Bermakna 2 gelas di saat berbuka puasa dan bersahur. Manakala 4 gelas lagi adalah waktu antara berbuka puasa dan bersahur, iatu  pada malam hari. Pengambilan air putih sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi sehingga anda tidak mudah beras haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.

 

  1. Berbuka Dengan Makanan Yang Ringan & Seimbang

Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Cuba kawal diri dan nafsu makan anda dan berbuka puasa makanan yang ringan serta seimbang.Jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan satu mangkuk kecil sayuran bening, setelah menunaikan solat, beberapa jam kemudian, barulah anda makan makanan berat.

 

  1. Jangan Lupa Bersahur

Cara-cara nak kurus di bulan puasa, tidak menyarankan anda meninggalkan waktu bersahur. Di saat tubuh anda kosong kerana tidak bersahur hanya akan membuatkan anda tidak mampu untuk membalas dendam ketika waktu berbuka puasa nanti.Perut yang kosong akan menstimulusikan fikiran anda untuk  untuk mencuba pelbagai makanan, sehingga tanpa anda sedari anda sebenarnya sudah terlalu kenyang. Oleh sebab itulah, anda perlu bersahur.

 

Baca Juga: Bahaya Makan Malam

 

  1. Tetap Beraktiviti

Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi. Jadi, anda disarankan melakukan sedikit senaman berat setelah berbuka puasa.

 

  1. Hindari Pengambilan Gula Buatan

Tidak hairan berat badan anda terus mengalami kenaikan, jika anda terus mengambil makanan manis. Makanan manis menjadi faktor utama penyebab berat badan naik. Buat sementara waktu, cuba hindari pengambilan makanan ataupun minuman manis dari pemanis buatan, seperti sirap. Gunakan gula secukupnya saja, jika boleh gunaan gula diet atau ganti pengambilan gula dengan kurma dan buah-buahan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips jaga badan di bulan puasa di sini.

 

Previous post

4 Tips Pilih Jubah Cantik Buat Anda Yang Bertubuh Besar

Next post

7 Kebaikan Pemakaian Barut Bayi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *