CantikSolekan

3 Cara Mekap Natural Paling ‘Simple’

cara makeup natural - wom.my

Kredit Foto : huffpost

Cara Mekap Natural. Mekap natural sesuai diaplikasikan untuk aktiviti seharian.

Bahkan cara mekap natural ini juga disukai oleh ramai wanita. Selain cara mekap natural yang lebih menyenangkan serta menjimatkan masa, mekap natural juga akan membuatkan anda kelihatan cantik semulajadi.

Bagaimana cara untuk mengaplikasikan mekap natural ini pada wajah? Untuk mendapatkan penampilan natural seakan tanpa calitan mekap di wajah, anda perlu bijak memilih warna mekap.

Pilih warna-warna semulajadi dan hindari warna-warna mekap yang terang benderang atau berwarna warni. Namun, sebagai alternatif anda boleh menggunakan warna pink dan coklat bagi menaikkan seri mekap natural.

Berikut adalah warna-warna pilihan untuk mekap natural yang telah disesuaikan dengan warna kulit anda bagi menciptakan kesan semulajadi pada solekan wajah:

 

1. Cara Mekap Natural Untuk Sawo Matang

Bedak/Alas bedak/Bedak Tabur: Pastikan warnanya sama dengan warna kulit.

Pemerah Pipi: Gunakan warna karamel yang akan menyegarkan wajah anda.

Pembayang Mata: Aplikasikan warna-warna yang manarik seperti warna coklat atau oren.

Lipstik: Pilihan warna pink atau coklat kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih menyerlah. Warna nude akan lebih sof dan meninggalkan efek seperti bibir semulajadi.

 

2. Cara Mekap Natural Untuk Kulit Kuning Langsat

Bedak/Alas Bedak/Bedak Tabur: Pilihlah yang warnanya sama dengan warna kulit Anda. Jika anda ingin kelihatan lebih putih, gunakan yang warnanya lebih cerah lagi.

Pemerah Pipi: Pilih warna pink seperti baby pink.

Pembayang Mata: Pilih yang warnanya senada dengan warna pada pemerah pipi.

Lipstik: Warna peach sesuai digunakan kerana ia memberikan kesan natural seperti warna bibir semulajadi.

 

Baca Juga: Punca Bibir Hitam

 

3. Cara Mekap Natural Untuk Kulit Berwarna Coklat

Bedak/Alas Bedak/Bedak Tabur: Gunakan yang warnanya sesuai dengan warna kulit anda. Jangan campurkan dengan alas bedak lain yang warnanya lebih cerah.

Pemerah Pipi: Pilih yang berwarna cerah seperti warna peach.

Pembayang Mata Sesuaikan dengan pemerah pipi, pilihlah warna lembut.

Lipstik: Memadai jika anda menggunakan lip gloss agar penampilan nampak lebih ringan dan bibir kelihatan mempesona.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara yang boleh buat anda nampak cantik natural sepanjang hari di sini.

Previous post

Apa Yang Menarik Di Pasar Payang,Terengganu?

Next post

Jaga-Jaga Ada 4 Bahaya Jika Buat Seks Ketika Haid!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *