Cara Berkesan Melembabkan Kulit Wajah Yang Kering Dan Kerap Menggelupas
Kredit : beautybulletin
Kulit yang lembab adalah kulit yang sihat. Namun, bukan semua orang mempunyai kulit yang lembab. Ramai di antara kita yang punya masalah pada kulit wajah, terutama masalah kulit kering.
Kulit wajah yang kering akan membuatkan solekan pada wajah nampak comot ataupun menjadi tidak kemas.Apatah lagi, jika pengelupasan terjadi pada kulit wajah.Secara tak langsung, ia turut menghilangkan keyakinan diri kita.Selain kekurangan nutrisi dan vitamin, tetapi penggunaan alat mekap yang tidak sesuai dengan kulit juga boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering.
Sebenarnya ada banyak produk kecantikan untuk melembabkan kulit wajah,namun cara melembabkan kulit menggunakan bahan semulajadi adalah yang terbaik.Ini adalah penggunaan bahan yang semulajadi tidak membahayakan kesihatan kulit wajah. Malahan, cara membuatnya juga sangat mudah dan anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak.
Berikut cara mudah dan berkesan untuk melembabkan kulit menggunakan bahan semulajadi:
- Melembabkan Kulit Menggunakan Minyak Zaitun
Minyak zaitun dapat melembabkan kulit wajah secara menyeluruh. Ini adalah kerana minyak zaitun kaya dengan antioksidan, vitamin A dan E. Pelbagai nutrisi yang terdapat dalam minyak zaitun tersebut dapat membantu kulit untuk mencegah penuaan semulajadi yang disebabkan oleh radikal bebas yang banyak dihasilkan oleh asap, pencemaran udara dan sebagainya.Tidak sukar untuk melembabkan kulit menggunakan minyak zaitun ini, anda cuma perlu membersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian barulah gunakan minyak zaitun sebagai pembersih muka ataupun sebagai pelembab wajah. Lembabkan kulit anda menggunakan minyak zaitun ini, paling kurang dua kali dalam sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
- Melembabkan Kulit Menggunakan Madu
Madu bukan hanya menjaga kesihatan tubuh, sebaliknya memainkan peranan penting untuk merawat kecantikan dan melembabkan kulit wajah. Dengan menggunakan bahan semulajadi madu, kulit anda akan menjadi lebih cerah kerana madu bermanfaat untuk mengangkat sel-sel mati pada kulit dan mempercepat pertumbuhan sel kulit serta mempertahankan kelembaban kulit wajah. Cara mengatasi kulit kering menggunakan madu cukup mudah, sapukan madu pada kulit wajah dan biarkan beberapa minit . Selepas itu barulah diberishkan.
- Melembabkan Kulit Menggunakan Avocado
Avocado merupakan salah satu bahan semulajadi yang dapat anda gunakan untuk melembabkan kulit wajah yang kering. Avocado banyak mengandungi vitamin A dan vitamin E,yang mana kedua vitamin ini diperlukan untuk kesihatan kulit tubuh. Selain menjadi salah satu cara melembabkan kulit, buah avocado juga boleh mengecilkan liang pori-pori, mencerahkan kulit wajah serta mengatasi kulit yang kering. Anda boleh menggunakannya sebagai masker. Blender avocado, kemudian tempelkan pada kulit wajah anda.
- Cara Melembabkan Kulit wajah dengan Oatmeal
Oatmeal sememangnya bagus untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, masker oatmeal boleh dijadikan sebagai alternatif cara melembabkan kulit kering akibat terdedah kepada sinaran matahari dan debu.Cara melembabkan kulit wajah secara semulajadi menggunakan oatmeal sangat mudah. Anda cuma perlu ikut langkah berikut:
- Jika oatmeal masih dalam bentuk bijirin, lebih baik haluskan terlebih dahulu, 3 sudu teh susu krim, satu sudu besar minyak almond.
- Campurkan ketiga bahan tersebut menjadi satu, kemudian gaul adunan sebati sehingga menjadi seperti pasta.
- Biarkan oatmeal seketika, untuk beberapa saat, sebaiknya simpan dalam peti sejuk.
- Sebelum anda memakai masker oatmeal ini, pastikan wajah anda telah dibersihkan dengan air sejuk, keringkan dan sapukan masker ke seluruh wajah.
- Ratakan ke wajah dan usahakan memberi lebih tumpuan pada tempat yang terlalu kering. Letakkan masker oatmeal sedikit tebal.
- Biarkan wajah dengan masker lebih kurang selama 30 minit hingga sejam.
- Bersihkan, lap dengan air panas suam, sebaiknya anda tidak keluar ke mana-mana dalam tempoh beberapa jam agar cara melembabkan kulit wajah menjadi lebih berkesan.
<< Ketahui cara memilih produk pemutih yang bagus dan selamat di sini.
No Comment