CantikRambut

3 Cara Mudah Meluruskan Rambut Keriting

cara meluruskan rambut keriting - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Meluruskan Rambut Keriting. Anda yang berambut keriting, ingin tahu cara meluruskan rambut keriting secara semulajadi? Semak caranya di sini.

Rambut keriting memiliki karakter yang tersendiri. Ada beberapa gaya yang tidak boleh dilakukan oleh wanita berambut lurus. Namun, sebahagian besar wanita yang memiliki rambut keriting tentu ingin sangat meluruskan rambut mereka yang keriting itu.

Jadi, tidak hairanlah ramai yang rela menghabiskan wang di salon-salon hanya untuk meluruskan rambut, sekalipun terpaksa berhadapan dengan penggunaan bahan kimia yang boleh merosakkan rambut.

Sebenarnya ada cara untuk meluruskan rambut keriting yang selamat dan semulajadi. Jom, kita semak!

1. Gunakan Jus Lemon Dan Santan

Campurkan setengah cawan jus lemon dengan secawan santan, kemudian sejukkan campuran tersebut ke dalam peti sejuk sehingga ia berubah menjadi krim yang kental. Setelah ia menjadi krim yang kental, sapu dan baurkan campuran tersebut pada rambut sehingga merata. Jangan lupa untuk mengurut kulit kepala anda, kemudian bungkus dengan ‘shower cap’. Biarkan selama sejam, sehingga ia kering.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Lemon

 

2. Khasiat Susu

Campurkan setengah cawan air putih dengan setengah cawan air susu, kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut, biarkan selama 20 hingga 25 minit, kemudian sikatlah rambut anda sampai halus. Setelah itu, bilaslah rambut anda dengan menggunakan syampu dan perapi.

 

3. Rahsia Daun Seledri

Ambil seikat daun seledri, kemudian kisar hingga hancur, kemudian tambah sedikit dengan air. Kemudian tapislah air perahan daun seledri dan biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya guna air perahan duan seledri itu untuk mengurut rambut dan kepala anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah kepala anda dengan menggunakan syampu sampai bersih. Praktikan cara tersebut selama 10 hari secara rutin. Hasilnya rambut anda akan kelihatan lurus semulajadi dan lebih menawan.

 

Extra Tips!

Merawat Rambut Kerting Agar Cantik & Lembut Setiap Hari

1. Guna Sedikit Syampu, Tetapi Perapi Yang Banyak

Ketika bersyampu, amalkan penggunaan syampu yang sedikit dan lebihkan ‘conditioner’ atau pun perapi. Syampu akan mengeringkan rambut, tetapi perapi akan melembutkannya.

Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda serta mampu menyeimbangkan kelembaban kulit kepala. Ia akan menjaga rambut ikal anda lebih bervolume.

 

2. Menggunting Hujung Rambut

Dengan menggunting hujung rambut secara teratur boleh menjaga rambut keriting anda supaya tidak  nampak kusam atau pun bercabang. Menggunting hujung rambut akan merangsang pertumbuhan hujung rambut yang lebih sihat.

 

3. Bersikat

Disebabkan ikal pada rambut yang keriting ini nampak cantik apabila terbentuk secara semulajadi, jadi jangan menyikat rambut anda dengan mengggunakan sikat. Cara semulajadinya adalah dengan menggunakan jari. Situasi ini akan membuatkan rambut keriting anda tidak akan berubah bentuk dan terjaga keindahannya.

 

Baca Juga: Rambut Kelemumur

 

4. Penggunaan Penggulung Rambut

Ada pelbagai jenis keriting. Untuk rambut dengan gelombang yang besar, menggunakan roll boleh membantu menjaga bentuk keriting rambut anda lebih kemas.

Di samping itu, jangan lupa pakai ‘deep conditioning’ iaitu menggunakan perapi rambut selama 20-30 minit sebelum dibilas. Ia akan dapat menjaga ketahanan dan kelembutan rambut selama seminggu.

 

Baca Juga: Bahaya Rebonding Rambut

 

5. Hindari Panas

Sebaiknya elakkan mengeringkan rambut ikal menggunakan ‘hair dryer’ kerana ia boleh merosakkan rambut, terutama hujung rambut keriting. Panas boleh merosak tekstur rambut, mengubahnya menjadi kering dan kasar. Selain itu, ia juga dapat mengubah bentuk ikal rambut kita menjadi buruk. Lebih baik keringkannya dengan cara semulajadi iaitu menggunakan tuala kering.

 

>> Ingin mengetahui petua cantik semulajadi ala supermodel dunia ataupun selebriti Hollywood? Semak di sini…

Previous post

7 Penyebab Utama Susah Buang Air Besar

Next post

11 Jenis Telekung Sembahyang Paling Selesa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *