Mesti Baca! 10 Cara Elak Wajah Kelihatan Tua
Foto: Sekadar Hiasan
Wajah Kelihatan Tua.Adakah wajah anda nampak tua daripada usia sebenar anda?
Adakah anda juga merasakan penuaan tersebut sebagai salah satu petanda buruk dalam hidup anda? Kebanyakan wanita mula tidak senang duduk ketika usia mereka mula mendekati 30-an ataupun 40-an.
Anda tidak perlu terlalu stress memikirkan wajah anda kelihatan terlalu tua dan mungkin lebih tua daripada usia sebenar anda. Keadaan ini boleh berubah, jika anda tahu bagaimana menjaga fizikal tubuh dan fikiran anda. Mungkin ia tidak semudah yang dibayangkan, namun anda perlu menerima kenyataan tersebut dengan hati yang terbuka. Segala kecantikan akan pudar jua sedikit demi sedikit apabila dimamah usia.
Baca Juga: Petua Tegangkan Muka
Mahu tidak mahu, sekalipun wajah anda kelihatan tua anda tetap juga perlu mengorak langkah ke hadapan dengan fikiran yang lebih santai dan berusaha untuk merawat tubuh anda. Anda perlu melakukannya secara rutin supaya tubuh anda sentiasa segar dan tenang sepanjang hari.Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, mungkin wajah kelihatan tua itu dapat disamarkan. Bahkan anda juga mungkin akan memiliki kulit yang lebih sihat dan indah.
Semak beberapa tips elak wajah kelihatan tua yang boleh anda praktik.
1. Minum Air Putih
Rawatan semulajadi anti penuaan pertama yang wajib anda patuhi, perbanyakkan minum air pada setiap hari. Ia akan membantu kulita nda terhidrasi ketika tubuh anda dibersihkan. Kulit terhidrasi akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dan cenderung nampak lebih ‘plump’ dan lebih bersih. Sebaiknya, minum lapan gelas sehari untuk memiliki kulit yang bercahaya, muda dan sihat.
Baca Juga: Kebaikan Air Suam
2. Diet Seimbang
Makan makanan diet yang sihat dan seimbanga dalah rahsia untuk menjaga jaringan kulit anda supaya anjal dan sihat. Makanan diet tersebut harus disertai dengan pyramid makanan penting. Perbanyakkan pengambilan serat, buah-buahan segar dan sayuran berdaun hijau.
Makanan yang mengandungi mineral dan vitamin juga sangat penting bagi membantu kerosakkan jaringan dan sel-sel kulit serta mempertahankan kulit awet muda. Untuk menghindari wajah kelihatan tua, anda juga harus menjauhi makanan berlemak, berminyak dan masin daripada diet anda.
Untuk memiliki kulit yang bercahaya dan tidak kelihatan tua, anda seharusnya rajin bersenam. Paling kurang, tiga kali seminggu. Ia akan membuatkan anda berpeluh dan secara tidak langsung akan melepaskan racun dalam tubuh anda. Selain itu, senaman juga akan memberikan keajaiban buat kesihatan tubuh serta menjaga kulit anda agar lebih sihat dan anjal walaupun usia sudah meningkat.
4. Hindari Sinaran Matahari & Radiasi UV
Semakin berusia, anda perlu menjaga kulit anda agar sentiasa dalam keadaan baik dengan menghindari sinaran matahari dan radiasi UV. Matahari adalah faktor utama yang boleh merosakkan kulit dan boleh menimbulkan kedutan ataupun garis-garis halus semulajadi. Jika ada sukar untuk menangkis daripada terkena sinaran matahari, anda perlu mengunakan sunblock untuk melindungi kulit.
5. Produk Anti Aging
Bagi mengekalkan keanjalan kulit, anda boleh menggunakan produk anti aging yang mengandungi bahan antioksidan. Ia akan memberikan keajaiban dalam memperbaiki sel-sel kulit anda yang rosak.
6.Efek Rokok & Minuman Keras
Rokok dan minuman keras yang diambil turut mempengaruhi kesihatan kulit wajah anda. Bahan kimia yang terkandung di dalamnya akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih tua. Begitu juga dengan minuman keras, ia akan membuatkan hati anda tidak sihat sehingga tidak mampu membilas tubuh anda daripada racun.
7.Berfikiran Positif
Cubalah lalui kehidupan yang tenang serta bebas stress. Ada masanya kita akan melalui kehidupan yang sukar, namun hadapilah dengan tabah kerana semua itu lumrah kehidupan. Jangan biarkan tubuh berterusan dalam keadaan stress kerana ia akan megeluarkan bahan kimia yang dapat membuatkan anda jatuh sakit sama ada daripada segi mental mahupun fizikal.
Kurang tidur dan bersenam juga tidak elok buat tubuh serta kuit anda. Bahkan, ia juga turut mengugat kesihatan rambu anda. Situasi ini boleh membuatkan anda kelihatan tua lebih daripada usia sebenar anda!
Baca Juga: Petanda Anda Kurang Rehat
Info Ekstra!
Hindari Makanan Yang Buat Wajah Anda Kelihatan Tua
8. Makanan dan minuman yang mengandungi gula – Gula boleh membuatkan kulit kelihatan tua, seperti berkedut, mengendur dan nampak kurang bermaya. Makanan yang mengandungi banyak garam (masin) – Junk food adalah antara makanan yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan berkedut dan tua. Lebih baik anda gunakan garam untuk merehatkan tubuh ataupun membersihkan bahagian luar tubuh. Pengambilan garam yang berlebihan akan membuatkan kulit anda jadi lebih sensitif dan kering. Jika tidak mampu mengawalnya, cuba imbanginya dnegan pengambilan air putih yang banyak bagi menjaga kelembapan kulit anda.
9. Makanan pedas dan berminyak – Biarpun anda mungkin menyukai makanan pedas, namun jika diambil secara berlebihan ia memang tidak baik untuk kulit serta kesihatan anda. Makanan berminyak juga akan membuatkan kulit anda jadi berminyak serta berjerawat.
10. Minuman berkarbonat – Sebaiknya anda hindari daripada minum minuman ini. Selain boleh membuatkan kulit nampak lebih kusam, minuman berkarbonat ini juga mengandungi kadar gula yang tinggi serta mempercepatkan lagi proses penuaan pada kulit anda.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.
<< Ingin tahu cara memakai pemerah pipi yang tepat? Semak di sini.
2 Comments
air putih pun jarang minum.. achaner? hehehee.. nice tips
lepas ni kena amalkanlah minum air putih.. nnti cepat tua pula.. tq for comment..