Lebih ‘Cun’ Dengan Gaya Rambut Pendek 2016
Kredit Foto Kepada huffingtonpost , time , widescreenwall
Gaya Rambut Pendek.Siapa kata, gaya rambut pendek nampak ‘tomboy’ dan tak cantik? Ada ramai sahaja wanita yang tampil cantik dan feminin dengan rambut pendek.
Jika suatu ketika dulu, rambut pendek dianggap kebudak-budakkan dan tidak feminin untuk digayakan oleh wanita, tetapi persepsi sebegitu semakin terhakis. Kebelakangan ini banyak selebriti Hollywood yang tampil kian memukau dengan rambut pendek
Rambut pendek dilihat mampu menonjolkan kecantikan raut wajah seseorang wanita. Biarpun rambut pendek dilihat seperti sukar digayakan, sebenarnya dengan sedikit kreativiti, imaginasi dan keberanian mencuba gaya baru, banyak penampilan boleh dihasilkan. Jika anda bosan memiliki rambut panjang, tak ada salahnya mencuba,kan?
Berikut merupakan selebriti yang tampil cantik walaupun dengan gaya rambut pendek:
Victoria Beckham
Victoria Beckham merupakan ikon fesyen yang tidak asing lagi. Penampilannya yang cantik dan bergaya menjadikan beliau seorang trendsetter yang hebat dan dikagumi oleh semua pihak. Potongan rambut pendek Line Bob atau Bob Nungging yang digayakan oleh Victoria kelihatan sungguh stail. Gaya rambut pendek seperti ini pernah menjadi suatu trend dan fenomena hebat dikalangan penggemar fesyen suatu ketika dahulu. Tampil dengan stail rambut pendek tidak menghalang Victoria untuk terus kelihatan feminin.
Anne Hathaway
Sebut saja Anne Hathaway,selebriti cantik yang juga pelakon utama dalam ‘Princess Diary’ ini memutuskan untuk memotong rambutnya menjadi pendek demi wataknya dalam filem ‘Les Miserable’. Semenjak kemunculannya dengan gaya rambut pendek ini, Hathaway terlihat lebih segar dan muda. Selain itu,potongan tersebut turut menyebabkan mata dan bibirnya mempesona dengan gaya rambut pixie ini.
Emma Watson
Jika anda peminat nombor satu ‘Harry Potter’, pastinya anda kenal Hermione yang cantik dan berambut ikal panjang dalam filem tersebut. Walaubagaimanapun setelah siri ‘Harry Potter’ tamat, Emma Watson tampil segar dengan potongan rambut yang pendek. Ramai memuji gaya rambut terbarunya yang kelihatan sangat sesuai dengan raut wajahnya. Walaupun berambut pendek,Emma membuktikan gaya baru itu menjadi pilihan ramai kerana banyak tawaran iklan dan model majalah diraihnya.
Miley Cyrus
Bagi anda yang tidak suka mengambil masa yang lama untuk menggayakan rambut,anda bolehlah mencuba gaya rambut pendek seperti Miley Cyrus ini. Sebagai seorang remaja,dia selalu bereksperimen dengan pelbagai potongan gaya rambut dengan rambut sehingga menjadi ikutan para remaja. Gaya rambutnya seperti ‘mohawk’ yang lebih mirip kepada potongan gaya rambut lelaki sangat sesuai untuk anda yang berani.
Baca Juga: Rambut Kelemumur
Halle Berry
Beberapa tahun kebelakangan ini, Halle Berry selalu tampil dengan rambut pendeknya. Ternyata pilihannya untuk menggayakan potongan rambut pendek adalah sangat tepat kerana dia kelihatan lebih muda daripada usia sebenar (45 tahun) dengan potongan rambut ‘soft pixie’. Gaya seksi dan ‘funky’ Halle Berry jelas terserlah.
Charlize Theron
Sebuah majalah fashion, InStyle, pernah memuat foto transformasi gaya rambut selebriti kelahiran Afrika Selatan ini. Gaya rambut ‘pixie’, membuatkan pelakon terkenal ini menjadi ikutan dan ‘hit’ di kalangan wanita. Dia menggayakan potongan rambut pendeknya ini ketika berlakon bersama Keanu Reeves di dalam filem romantik ‘Sweet November’. Gaya femininnya cukup memukau.
Natalie Portman
Natalie pernah tampil dengan potongan rambut yang sangat pendek ketika berlakon di dalam filem ‘Hotel Chevalier’ pada tahun 2007. Model dan artis kelahiran Israel ini pernah mendapat pujian daripada penata rambut ternama iaitu Marco Maranghello yang mengatakan bahawa potongan rambut barunya itu sangat mengagumkan walaupun rambutnya nipis.
Baca Juga: Masalah Rambut Gugur
Keira Knightley
Gaya rambut pendek pixie Keira yang sangat terkenal dengan filem’ Pirates of Carribeans’ di samping Orlando Bloom dan Johnny Depp sempat menjadi trend gaya rambut pendek pada tahun 2011. Potongan rambut pendeknya walaupun tampak sedikit seperti lelaki, namun dia membuktikan bahawa tidak ada yang lebih seksi daripada menonjolkan wajah cantik dan leher jenjang yang dimiliki.
Katie Holmes
Katie Holmes dahulunya sangat terkenal dengan rambut bob ikoniknya, Namun, pada bulan Oktober 2008, ibu kepada Suri ini terlihat manis dengan gaya ‘pixie’. Potongan layer ini mudah untuk didandan. Selain itu,potongan rambut ini mampu menonjolkan tulang pipinya sekaligus menyerlahkan kecantikan yang dimiliki Katie.
Rihanna
Sememangnya terkenal sebagai ‘trendsetter’,bertahun-tahun sebelum ini Rihanna selesa dengan rambut merahnya yang terang. Kini dia selesa bersama potongan rambut ‘bob nungging’ sekaligus membuatnya semakin seksi!
Sudah tahu potongan gaya rambut pendek selebriti yang menjadi inspirasi anda? Ucapkan selamat tinggal kepada gaya rebonding yang menguasai trend rambut sejak beberapa tahun kebelakangan. Cubalah potongan rambut pendek yang kini menjadi pilihan kebanyakan selebriti dunia. Anda pasti kelihatan hebat dengan gaya rambut pendek yang baru!
Nota Kaki: Jika suka artikel ini, boleh SHARE ya
<< Jom kenali tabiat rambut buruk yang mesti anda tahu..Klik sini untuk info lanjut.
No Comment