CantikKulit

3 Manfaat Hebat Daripada Lulur Kopi

lulur kopi -woman online magazine

Kredit Foto: grapplergourmet

Lulur Kopi.Anda suka melakukan skrub atau lulur badan? Tahukah anda, dengan menggunakan lulur kopi, kulit boleh menjadi lebih bersih dan sihat.

Malahan bukan itu sahaja kebaikan lulur, selain menghapuskan kotoran, lulur juga boleh digunakan untuk pengelupasan sel kulit mati pada tubuh. Secara tidak langsung, kulit segar yang terdapat di bawah kulit mati akan kembali muncur bersinar dan sihat. Lulur juga boleh mempercepatkan lagi regenerasi kulit.

Kebaikan Berlulur

* Mencerahkan kulit.

* Menegangkan kulit.

* Memutihkan kulit.

* Membuatkan kulit menjadi lebih muda dan halus.

* Mengangkat kulit tubuh kusam dan kasar.

* Menggantikan sel – sel kulit mati dengan yang baru.

* Membuat kulit terasa halus, lembut dan tidak mudah kering.

 

Baca Juga: Rahsia Kopi Jantan

 

Jom cuba buat sendiri, Lulur Kopi!

Selain enak diminum, ternyata kopi juga baik untuk kesihatan kulit. Kopi boleh mengurangkan kedutan di kulit anda. Kopi mampu menghaluskan,menanggalkan sel kulit mati, menghilangakan bau badan, mengurangkan kulit berminyak dan menutrisi kulit supaya menjadi lebih sihat dan segar.

Tertarik untuk mencuba perawatan lulur kopi? Anda boleh membuatnya sendiri di rumah .Apa yang perlu anda sediakan ialah dua cawan serbuk kopi, setengah cawan garam laut, dan dua pertiga minyak zaitun atau madu.

 

Cara Membuatnya:

Campur ke semua bahan sehingga kental dan bentuk skrub. Setelah itu, aplikasikan sebagai lulur pada kulit yang sudah dibasahkan.

 

Manfaat Lulur Kopi

1.  Aromaterapi

Ketika berlulur anda akan merasakan sensasi aroma nyaman dari wangi yang dihasilkan kopi. Ia berfungsi sebagai anti stress sehingga anda menjadi lebih ‘cool’d an relaks.

2. Exfoliation

Tekstur dari kopi dan garam yang kasar berfungsi sebagai lulur yang sangat berkesan untuk menanggalkan sisa- sisa kulit mati pada tubuh. Ia akan membantu menyamarkan noda hitam serta warna kulit tidak sekata pada tubuh anda.

3.  Antioksidan

Kandungan kafein pada kopi akan membantu menangkalkan efek radikal bebas pada lapisan kulit sehingga kulit tubuh anda akan kelihatan lebih awet muda.

 

Baca Juga: Rahsia Awet Muda Selebriti

 

->> Cara Melakukan Skrub Atau Lulur Yang Betul:

–  Mulakan dari hujung jari kaki dan telapak kaki. Lakukan secara merata mengarah ke arah atas. Kemudian gosoklah sehingga ke bahagian paha.

–  Gosok bahagaian belakang sehingga sampai ke bahagian bawah punggung

–  Kemudian gosokan dari tangan kanan ke arah jantung, seterusnya ke bahagian lengan kiri.

–  Setelah itu, gosok ke kawasan sekitar perut searah dengan jarum jam secara melingkar.

–  Terakhir, gosoklah bahagian dada. Seterusnya gosok bahagian belakang badan hingga ke atas  bahu.

–  Biarkan selama 10 atau 15 minit.Kemudian bilas dengan air. Lakukan perlahan – lahan agar merata dan bersih. Lakukan lulur kopi ini dengan tenang sebelum anda mandi. Setelah berlulur, anda disarankan memakai body lotion atau body cream untuk hasil yang lebih baik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui cara membuat facial massage sendiri di rumah bagi mendapatkan kulit wajah cantik di sini.

Previous post

6 Cara Semulajadi Besarkan Payudara

Next post

Resepi Sotong Masak Kicap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *